• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Saya Bukan ‘Islamist’ Seperti Didakwa’ – Anwar

oleh AK-47
17/06/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
‘Saya Bukan ‘Islamist’ Seperti Didakwa’ – Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

KODIANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang melabel beliau sebagai ‘Islamist’ atau berlebih-lebihan dalam menerapkan konsep Islam dalam kerajaan pimpinannya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau turut menepis dakwaan yang mengatakan pendekatan ‘Islamist’ itu cuba diterapkan di sebalik pembaharuan yang dibawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Ada yang dakwa Anwar sekarang mempamerkan sikap Islamist yang kukuh, cuba diselindungi selama ini dengan mengarahkan Jakim untuk menguasai sebuah sistem.

“Ini haprak punya pandangan. Saya nak bagi tahu rakan-rakan bukan Islam, terima kasih atas sokongan mereka namun mereka harus faham. Kalau umat Islam ini ilmunya dangkal kecenderungannya itu menghukum, ia tidak akan menarik orang meminati Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Jubli Intan Sekolah Menengah Agama (SMA) Nahdhah Hasanah Melele, Kodiang di sini pada Sabtu.

Anwar berkata, peranan Jakim harus diperluaskan dan bukan sahaja merangkumi isu keagamaan dan perundangan Islam.

“Sekarang bawah pentadbiran saya, diperluaskan tugas Jakim, bicara soal ekonomi, program digital, kokurikulum pendidikan, dan tanggungjawab itu lebih luas. Supaya nilai Islam diterapkan. Ini juga ditentang oleh pihak yang tidak faham, ada kelompok kecil bukan Islam menulis ia tersasar,” jelasnya.

Menurutnya, itu antara sebab Yayasan Karyawan diwujudkan untuk menerbitkan karya-karya besar ulama Islam untuk mengelak kecelaruan atau pertembungan antara dua pihak.

“Kita mahu berikan kefahaman selain kesedaran Islam yang meluas untuk kita angkat. Bukan dalam ceramah-ceramah hukum hakam atau serangan, itu tak menjadi.

“Kita harus gali semula karya-karya agung besar dulu kerana kita perlu mendidik dengan memahami khazanah ilmuan kita. Tugas kita sekarang mendidik, memberi pencerahan supaya iman, akhlak, sahsiah baik, baru kita boleh rombak dan bawa perubahan baik dalam negara,” jelasnya.

Anwar berkata, Kerajaan Perpaduan sentiasa menghargai usaha-usaha dilakukan para ulama dan umara’ dalam menyebarkan ilmu dan kefahaman Islam kepada masyarakat.

“Dalam pembentangan Belanjawan 2023, saya telah umumkan peruntukan RM1.5 bilion kepada pengurusan hal ehwal Islam. Ini bukti kesungguhan kerajaan untuk perkasa Islam dan umat Islam,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimIslamist
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd