• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN: PAS Kelantan Pertahan Semula 37 Kerusi, Bersatu Dapat 8

oleh AK-47
13/06/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRN: PAS Kelantan Pertahan Semula 37 Kerusi, Bersatu Dapat 8
Share on FacebookShare on Twitter

PAS dan Bersatu Kelantan dilapor sudah memuktamadkan persefahaman antara mereka berhubung pembahagian kerusi menjelang pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bahkan menurut PAS negeri, pembahagian kerusi itu sebenarnya sudah selesai “sejak awal lagi” namun hanya diumumkan baru-baru ini.

Setiausaha PAS Kelantan Wan Roslan Wan Hamat berkata pihaknya akan mengekalkan kerusi yang dimenangi mereka sebelum ini, manakala kerusi yang dimenangi Umno akan diserahkan kepada Bersatu untuk cuba direbut parti itu.

“Keputusan itu telah mencapai kata sepakat melalui perbincangan sejak awal lagi, dan PAS (bertanding) sebanyak 37 kerusi, manakala selebihnya bagi kawasan yang dimenangi Umno asasnya diberikan kepada Bersatu untuk menghadapi PRN tidak lama lagi,” katanya dipetik portal rasmi parti itu, harakahdaily.

Secara keseluruhan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan mempunyai 45 kerusi. Dalam PRU ke-14 yang diadakan pada 9 Mei 2018, PAS memenangi 37 daripadanya dan lapan lagi oleh Umno-BN.

Untuk rekod ketika itu pertandingan membabitkan tiga penjuru. PAS bergerak secara sendiri dan berdepan dengan Umno-BN serta PH yang turut dianggotai Bersatu.

Bagaimanapun ketika ini PAS dan Bersatu sudah menjalin kerjasama membentuk parti baru, PN.

Wan Roslan berkata PAS yakin dapat mempertahankan semua kerusi yang dimenanginya sebelum ini.

“Lagi pun hubungan kita (PAS) dengan Bersatu amat baik,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: BERSATUkerusiPASPAS KelantanPRN
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

Isu Pembentangan Laporan RCI TH Bertaraf Penerangan Menteri Tidak Harus Timbul – BERSATU

Isu Pembentangan Laporan RCI TH Bertaraf Penerangan Menteri Tidak Harus Timbul – BERSATU

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menolak tanggapan bahawa format mesyuarat khas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd