• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Meninggal Dunia Ketika Daki Gunung Lambak

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lelaki Meninggal Dunia Ketika Daki Gunung Lambak
Share on FacebookShare on Twitter

Kluang : Seorang penyelia kilang percetakan meninggal dunia selepas rebah ketika mendaki Gunung Lambak di sini, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, Tew Wei Peng, 50-an yang mendaki bersama isterinya, Ko Meh Cheng, 50-an dikatakan mengadu sakit dada sebelum rebah ketika berada di ketinggian kira-kira 800 meter.

Katanya, polis menerima panggilan telefon daripada isteri mangsa pada 9.07 pagi memaklumkan suaminya pengsan di lokasi kejadian.

“Bantuan awal Resusitasi kardiopulmonari (CPR) diberikan oleh petugas kesihatan yang tiba di lokasi kejadian.

“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika berada di dalam ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK),” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, bedah siasat dijangka dilakukan esok dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Katanya, bapa kepada dua anak itu tidak mempunyai mempunyai penyakit atau rekod kesihatan penyakit kronik.

Dalam pada itu, 10 anggota bersama dua jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang dikejarkan ke lokasi kejadian .

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Jusoh Mohd Salleh berkata, pasukan keluaran operasi (PKO) mendaki gunung dan memberi rawatan awal termasuk bantuan pernafasan terhadap mangsa.

“Seterusnya mangsa dibawa turun ke kaki gunung menggunakan pengusung dan diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya operasi ditamatkan pada 11.12 pagi.

-Harian Metro

Tags: Gunung Lambakmeninggal dunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tengku Puteri Zainah, Bekas Isteri Najib Razak Meninggal Dunia

Tengku Puteri Zainah, Bekas Isteri Najib Razak Meninggal Dunia

05/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas isteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, 65, dilaporkan meninggal dunia...

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Hasmah Mohd Ali meninggal dunia hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd