• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Orang Asli Diusung Naik Helikopter Ke Hospital

oleh AK-47
04/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Warga Emas Orang Asli Diusung Naik Helikopter Ke Hospital
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG : Seorang warga emas Orang Asli dari Kampung Tapai, Pos Hau di sini, dibawa menggunakan helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pesakit, Taran Alig, 70, yang mempunyai penyakit lelah, demam dan batuk didapati sakit terlantar sejak dua hari lalu apabila tidak dapat berjalan serta duduk.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pangkalan Udara Wilayah Utara, Pulau Pinang, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Akmaluddin Said berkata, warga emas wanita itu diiringi anaknya, Ruzita Alang, 43, menaiki helikopter jenis Agusta Westland 139 (AW139)

Katanya, pesakit terpaksa diusung menggunakan pengusung untuk dibawa menaiki helikopter.

“Pesawat berlepas dari Pangkalan Udara Wilayah Utara, Pulau Pinang pada pukul 10.25 pagi dan sampai di Kampung Tapai, Pos Hau, pukul 11.50 pagi.

“Selepas mengambil pesakit, pesawat berlepas dari Pos Hau pada pukul 12.03 tengah hari dan tiba di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang pukul 12.19 tengah hari. Pesakit dibawa ke hospital menggunakan ambulans yang sudah sedia menanti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Muhammad Akmaluddin, operasi membabitkan lima kru itu diketuai oleh Timbalan Penguasa Bomba II Sharizal Sahari dibantu pembantu juruterbang, Penguasa Kanan Bomba II Robert James dan tiga lagi anggota.

-Utusan Online

Tags: helikopterhospitalOrang Asliwarga emas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Banjir Kilat: 9 Hentian Bas Tak Dapat Dilalui Rapid KL

Next Post

Tiga Lelaki Pukau Suri Rumah Direman

Related Posts

Warga Emas Maut, Dua Cedera Nahas Di JRTB Gerik-Jeli

Warga Emas Maut, Dua Cedera Nahas Di JRTB Gerik-Jeli

26/06/2025
0

IPOH - Seorang warga emas maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam nahas dengan sebuah lori...

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya...

Next Post
Tiga Lelaki Pukau Suri Rumah Direman

Tiga Lelaki Pukau Suri Rumah Direman

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd