• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Pekerja Kematian Isteri Di Sabah, Majikan Tidak Langgar Ordinan Buruh

oleh AK-47
02/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Isu Pekerja Kematian Isteri Di Sabah, Majikan Tidak Langgar Ordinan Buruh
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU : Kes tular pekerja kematian isteri yang baru bersalin di Sabah baru-baru ini tidak membabitkan sebarang pelanggaran Ordinan Buruh bagi pihak majikan seperti yang didakwa.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Malah, pihak majikan juga bersetuju untuk tidak melakukan pemotongan gaji terhadap pekerja tersebut dan membayar gaji penuh biarpun pada bulan Mei, pekerja berkenaan hanya datang bekerja selama tiga hari sahaja.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud berkata, beliau bersimpati dengan kejadian yang menimpa lelaki tersebut, namun, meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian berkenaan.

Berdasarkan sumber daripada majikan, Mustapha memberitahu, mereka dimaklumkan mengenai isteri pekerja yang bersalin dan seterusnya memberi cuti bersalin selama dua hari kepada kakitangan berkenaan.

Katanya, majikan itu juga membenarkan pekerja mengambil cuti tahunan sehingga urusan selesai.

“Namun, enam hari selepas isterinya melahirkan bayi, pekerja tersebut datang bekerja dan memaklumkan bahawa isteri dan anaknya dalam keadaan sihat. Tetapi, pada hari sama, semasa pekerja berkenaan pulang dari kerja, pekerja terbabit mendapati isterinya meninggal dunia di samping anak mereka.

“Susulan itu, majikan berkenaan bertindak memberi bantuan dan sumbangan termasuk membantu dalam urusan di hospital,” kata Mustapha.

Baru-baru ini, tular satu paparan di media sosial yang dikongsikan seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Exly Jailon bahawa isterinya meninggal dunia di samping bayi mereka yang berusia enam hari ketika dia keluar bekerja.

Lelaki itu mendakwa terpaksa bekerja selepas dua hari cuti bersalin kerana diugut dipotong gaji oleh majikan.

Dalam kes ini, Mustapha menambah, majikan tidak melanggar Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) kerana pemberian tujuh hari cuti bersalin bagi bapa di Sabah masih belum diluluskan.

Pelaksanaan tujuh hari cuti bersalin kepada bapa hanya berkuat kuasa di Semenanjung.

Mustapha berkata, siasatan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah juga mendapati majikan memang ada memotong gaji pekerja itu selama 13 hari semasa tempoh berkabung namun, selepas dinasihati oleh JTK Sabah, majikan menarik balik potongan itu dan membayar gaji penuh biarpun pekerja tidak memohon cuti tahunan.

Mengulas lanjut, katanya, JTK Sabah masih berusaha untuk mendapatkan maklumat daripada pekerja tentang kejadian sebenar yang berlaku pada hari kejadian.

Namun, buat masa ini, katanya, pekerja tersebut masih dalam keadaan bersedih dan trauma dengan kehilangan isterinya, maka, dia belum bersedia memberi apa-apa kenyataan mengenai kejadian yang berlaku.

Mustapha berkata, di pihak kementerian, mereka memberi komitmen bahawa hak pekerja akan diperjuangkan sesuai dengan Piawaian Perburuhan Antarabangsa yang digariskan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

-Utusan Online

Tags: Isu Pekerja Kematian IsteriOrdinan BuruhSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd