• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Palestin Dilanda Cuaca Panas Terburuk Dalam Sejarah

oleh
31/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAITULMAQDIS –  Awal tahun ini Israel selain dua wilayah Palestin iaitu Tebing Barat dan Gaza dilanda cuaca sejuk sehingga menyaksikan salji lebat turun melitupi kawasan padang pasir yang terkenal tandus kering.

Namun kali ini lain pula ceritanya, dua negara berjiran itu dilaporkan mengalami cuaca panas yang terburuk dalam 10 tahun malah sejak beberapa hari lalu, suhu tertinggi direkodkan pernah mencecah 43 darjah Celsius.

Syarikat elektrik Palestin di Tebing Barat terpaksa mengerahkan kakitangan tambahan untuk menangani kemungkinan berlaku kerosakan pada stesen janakuasa tempatan disebabkan oleh keadaan haba yang amat tinggi.

Di wilayah Gaza, kedai-kedai jualan aiskrim sibuk dengan ramai pelanggan, manakala di Baitulmaqdis pula, gajah yang berada di sebuah taman haiwan dalam pusat bandar tersebut terpaksa diberi makan buah-buahan beku.

Gelombang panas turut menjejaskan beberapa negara Asia lain, malah paling teruk di India apabila cuaca panas ekstrem dilaporkan telah meragut nyawa lebih 1,500 orang setakat ini dengan suhu hampir 50 darjah Celsius.

Kali terakhir India mengalami cuaca terik sedemikian ialah pada 10 Mei 1956 dengan suhu dicatatkan 51 darjah Celsius bahkan agensi meteorologi antarabangsa melaporkan cuaca kali ini paling panas dalam tempoh sedekad.

Rekod paling panas di dunia dipegang Death Valley, California, Amerika Syarikat (AS) pada 10 Julai 1913 dengan 57 darjah Celsius malah suhu permukaan tanah gurun itu pernah mencecah 94 darjah Celsius pada 15 Julai 1972.

Agensi Pentadbiran Atmosfera dan Kelautan Kebangsaan (NOAA) di AS menerusi laporan terbaharu mencatatkan suhu panas di seluruh dunia kali ini adalah yang paling tinggi dalam sejarah berbanding rekod pada 2007 lalu.

NOAA bahkan melaporkan suhu panas untuk bulan ini akibat fenomena musim El Nino mengatasi purata suhu tertinggi sepanjang abad ke-20 atau paling teruk dalam tempoh 136 tahun. – Agensi/H.A.AMREE

Tags: CelsiusCuacaEl NinoPalestinpanasSUHU
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

05/12/2025
0

Oleh Mynewshub  Gaza/Al-Quds – Yasser Abu Shabab, individu yang selama ini digelar sebagai pengkhianat oleh penduduk Gaza kerana didakwa bersekongkol...

Nethanyahu Menolak Penyelesaian Dua Negara Palestin – Israel

Nethanyahu Menolak Penyelesaian Dua Negara Palestin – Israel

17/11/2025
0

ISU TERKINI: NETANYAHU TEGAS TOLAK PENUBUHAN NEGARA PALESTIN Laporan Khas Mynewshub KUALA LUMPUR, 17 Nov – Perdana Menteri Israel, Benjamin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd