• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Cari Pengarah Syarikat Berhubung Kes Pinjaman RM5.7j

oleh Ahmad Albab
29/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Polis sedang mengesan seorang pengarah syarikat Rossington Consolidated Sdn Bhd (RCSB) bagi membantu siasatan berhubung kes surat sokongan palsu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang digunakan untuk membuat pinjaman RM5.7 juta daripada CIMB Bank.

Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya Supt Mak Pak Chuai berkata pihaknya menerima laporan daripada wakil KPM pada 16 Ogos tahun lepas yang mendakwa tandatangan bekas Ketua Setiausaha KPM Tan Sri Dr Zulkarnain Awang dipalsukan di atas dokumen ‘Letter of Consent’ yang digunakan untuk membuat pinjaman itu.

Hasil siasatan polis mendapati syarikat terbabit berjaya memperoleh pinjaman tersebut, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mak mengikut perjanjian antara CIMB dan RCSB, semua pembayaran kerja kontrak oleh KPM akan dibayar kepada ‘Akaun Escrow’ yang diwujudkan di atas persetujuan pengarah-pengarah syarikat itu dan CIMB.

Katanya pemalsuan itu menyebabkan CIMB Bank mengalami kerugian sebanyak RM5.7 juta.

Menurutnya orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Balwant Singh di Bahagian Siasatan jenayah Komersial IPD Putrajaya di talian 03-88862044 atau 012-2889007. – BERNAMA

 

Tags: Pengarahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd