• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Lori ‘Buli” Myvi Ditahan Polis

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Pemandu Lori ‘Buli” Myvi Ditahan Polis
Share on FacebookShare on Twitter

Petaling Jaya : Polis menahan pemandu lori yang didakwa melakukan buli jalanan di Lebuhraya Persekutuan arah Shah Alam, berhampiran susur Subang Jaya, di sini, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya mengesan video kejadian yang tular di laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, video berkenaan menunjukkan lori dipandu secara melulu dengan mengubah laluan dan berhenti secara mengejut.

“Kejadian berlaku kira-kira 5 petang pada Khamis lalu membabitkan sebuah lori dan kereta Perodua Myvi.

“Hasil siasatan polis mengesan kedua-dua pemandu kenderaan terbabit. Polis berjaya menahan pemandu lori di Meru, Klang semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati positif dadah methamphetamine.

Katanya, suspek direman lima hari bermula semalam sehingga 30 Mei ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mohamad Fakhrudin berkata, polis tidak akan berkompromi kepada individu yang memandu secara merbahaya dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengguna yang melanggar undang-undang.

Beliau turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya mematuhi undang-undang bagi mengelak sebarang kejadian dan kemalangan.

Terdahulu, rakaman video berdurasi dua minit 59 saat menunjukkan sebuah lori dipandu secara melulu dan cuba menghalang sebuah kereta memotongnya dengan turut mengubah haluan.

Pemandu lori terbabit turut dilihat memberhentikan kenderaan secara tiba-tiba semasa di lorong kanan.

-Harian Metro

Tags: Buli Jalananmyvipemandu loripolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd