• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ezam Akan Bertanding Di Klang

oleh AK-47
27/05/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Ezam Akan Bertanding Di Klang
Share on FacebookShare on Twitter

Ezam Mohd Noor mengumumkan akan bertanding di kampung halamannya di Klang pada pilihan raya negeri (PRN) Selangor tahun ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ezam akan bertanding bagi mewakili Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan menerajui usaha parti itu untuk mencipta nama di Selangor.

“Saya terima keputusan parti untuk memikul tanggungjawab ketuai jentera negeri Selangor dan saya sendiri bertanding di tempat kelahiran saya di Klang dalam PRN Selangor kali ini.

“Mulanya saya keberatan kerana tidak pernah bertanding DUN sebelum ini,” kata Ezam.

Ezam dahulunya adalah ahli Umno sebelum mula dikenali sebagai aktivis Reformasi bersama PKR.

Dia meninggalkan PKR dan menyertai semula Umno semasa pentadbiran Najib Razak.

Malah dia dilantik sebagai ahli Dewan Negara tetapi pada 2016, dia meninggalkan Umno buat kali kedua. Selepas dilihat rapat dengan NewGen, dia menyertai PRM.

“Parti melihat keperluan sediakan kepada pengundi satu alternatif saingi dua koalisi besar yang bertembung sekarang.

“Ada yang mengingatkan bersaing menentang dua koalisi besar sedangkan PRM kecil dan risiko kekalahan. Menang,kalah itu soal kecil dalam perjuangan,” katanya.

PRM pada asalnya ditubuhkan pada tahun 1955 dan menjadi terkenal sebagai sebahagian daripada gabungan Barisan Sosialis dengan Parti Buruh Malaysia.

Bagaimanapun, ia kehilangan arah susulah penahanan anggotanya di bawah ISA berulang kali pada 1960-an dan 1970-an, sebelum akhirnya bergabung dengan Parti Keadilan Nasional pada 2002 yang membentuk PKR hari ini.

Sekumpulan penentang yang menentang penggabungan itu kemudian menghidupkan semula parti itu melalui cabaran undang-undang.

Bagaimanapun ia tidak mendapat sebarang kekuatan dan semasa pilihan raya umum baru-baru ini. Ezam adalah antara 16 calon PRM untuk parlimen, yang kesemuanya kehilangan deposit pertandingan.

-Malaysia Kini

Tags: Ezam Mohd NoorklangPRN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Laungan “Tolak UMNO” Kedengaran Di Paroi, MB Negeri Sembilan Minta Siap Sedia Hadapi PRN

Laungan “Tolak UMNO” Kedengaran Di Paroi, MB Negeri Sembilan Minta Siap Sedia Hadapi PRN

07/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa UMNO Shah Alam, Azrul Abu Hasan mempersoalkan keperluan UMNO untuk terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan...

DAP Tidak Setuju Pertukaran MB Negeri Sembilan, Siap Sedia Hadapi PRN

DAP Tidak Setuju Pertukaran MB Negeri Sembilan, Siap Sedia Hadapi PRN

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP tidak akan bersetuju dengan sebarang cadangan pertukaran Menteri Besar Negeri Sembilan selepas cubaan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd