• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

E-invois Mantapkan Sistem Untuk Cukai Baharu, GST

oleh Mohd Arshad
22/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
E-invois Mantapkan Sistem Untuk Cukai Baharu, GST
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Penggunaan e-invois yang bermula Jun 2024 akan mempersiapkan sistem percukaian negara terhadap sebarang pelaksanaan cukai baharu termasuk pengamalan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL), Datuk Dr Mohd Nizom Sairi, berkata pelaksanaan e-invois akan meningkatkan kecekapan perniagaan melalui penjimatan kos serta mempermudahkan proses kerja pembayar cukai dengan ketersediaan pra-isi maklumat pelaporan cukai selaras dengan ‘compliance-by-design’.

Beliau berkata, pelaksanaannya juga akan memperkemas dan mengukuhkan sistem cukai negara, meningkatkan ketelusan cukai dan penilaian risiko pematuhan yang lebih tepat sekali gus meningkatkan tahap pematuhan dalam kalangan pembayar cukai secara sukarela.

Katanya, dalam konteks percukaian kepada ekonomi dan negara, pelaksanaan e-invois itu dapat memperkemaskan dan memperkasakan sistem percukaian negara; meningkatkan ketelusan cukai, menyediakan penilaian risiko pematuhan yang lebih tepat; menyokong hasrat kebanyakan negara ke arah pendigitalan pentadbir cukai dan memerangi isu ekonomi bayangan.

“HASiL melihat bahawa pelaksanaan e-invois suatu yang positif kepada dasar fiskal negara. Kita juga akan buatkan ia (e-invois) sedia untuk apa-apa inisiatif baharu (cukai baharu) dan tidak perlu pindaan sistem,” katanya ketika ditemui pada sesi libat urus dengan pengamal media dan pemain industri berkenaan e-invois di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sama ada pelaksanaan e-invois itu membayangkan kemungkinan cukai baharu dilaksanakan termasuk GST.

Mohd Nizom berkata, HASiL dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) pada 25 Oktober 2022 bagi tujuan kerjasama strategik pelaksanaan inisiatif e-invois kebangsaan itu.

Beliau berkata, MDEC selaku agensi utama di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah diberi mandat melaksanakan inisiatif ini bagi tujuan meningkatkan kecekapan perniagaan.

Katanya, KKD, Kementerian Kewangan (MOF) serta MDEC dan HASiL akan bekerjasama dalam menyelaraskan pelaksanaan inisiatif e-invois dengan model pematuhan di seluruh negara.

“Selain itu juga, inisiatif e-invois ini juga menyokong penggunaan nombor pengenalan cukai atau Tax Identification Number (TIN) yang mula dilaksanakan di Malaysia mulai tahun lalu bagi memperluaskan asas pembayar cukai,” katanya.

e-invois adalah inisiatif untuk memacu agenda digitalisasi negara sejajar dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital) dan merupakan salah satu program di bawah Pelan Hala Tuju Strategik e-Dagang (NESR) 2.0 yang melihat kepada keperluan perniagaan untuk bertukar maklumat dan transaksi perdagangan di peringkat global.

Ia adalah elektronik invois yang merujuk kepada penghantaran invois daripada penjual kepada pembeli dalam format elektronik yang bersepadu.

e-Invois itu akan mengandungi maklumat transaksi yang dikeluarkan dengan harga yang dipersetujui, kuantiti, cukai yang dikenakan dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan sesuatu transaksi.

Dalam erti kata lain, ia membolehkan data mengalir dari sistem-ke-sistem dalam format yang berstruktur serta mengandungi pengesahan penghantar dan penerima.

-Berita Harian

Tags: E-invoisGSThasilLHDNM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hasil Negeri Johor Cecah RM1 Bilion, Bantuan Rakyat Diperluas – Onn Hafiz

Hasil Negeri Johor Cecah RM1 Bilion, Bantuan Rakyat Diperluas – Onn Hafiz

05/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Johor mencatatkan prestasi memberangsangkan dengan hasil negeri mencecah RM1 bilion setakat 30 April 2026 iaitu peningkatan sebanyak...

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd