• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sah Terima Laporan Pencemaran Gas Amonia

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Polis Sah Terima Laporan Pencemaran Gas Amonia
Share on FacebookShare on Twitter

Shah Alam : Polis mengesahkan menerima laporan mengenai pencemaran bau disyaki gas amonia di dalam longkang di Jalan Sungai Rasau 32/24, Taman Berjaya, Seksyen 32, dekat sini, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan diterima daripada penduduk kawasan perumahan itu yang terhidu bau busuk dari longkang pada 9.30 malam.

Katanya, siasatan di lokasi kejadian bersama pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesan bau disyaki ammonia berpunca dari longkang berhampiran sebuah gudang tempat penyimpanan makanan sejuk beku.

“Pihak pengurusan gudang memaklumkan mereka menjalankan kerja penyelenggaraan berkala seperti yang dijadualkan tetapi tidak menyedari terdapat takungan berlaku di sistem perparitan sehingga menyebabkan pencemaran bau.

“JBPM sudah mengalirkan air di dalam sistem perparitan gudang bagi mengurangkan bau sehingga bacaan di paras yang selamat.

“Setakat ini keadaan terkawal dan tiada pemindahan penduduk dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, jarak punca pelepasan bahan kimia itu ke takungan longkang adalah 300 meter.

Katanya, pihaknya menggunakan kaedah pencairan (dilute) bagi meneutralkan gas ammonia berkenaan dengan melepaskan air dari kilang bagi mengalirkan bahan kimia sehingga ke longkang besar.

-Harian Metro

Tags: laporanPencemaran Gas Amoniapolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu laporan yang diterbitkan Mynewshub berhubung sidang khas mengenai laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd