• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kes Kesihatan Serius Babitkan Pelarian

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KRAI – Kementerian Kesihatan tidak mengesan sebarang kes kesihatan serius melibatkan 1,158 pelarian Rohingya dan pendatang Bangladesh yang mendarat di Langkawi, Kedah, 11 Mei lepas.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, buat masa kini sebahagian besar pelarian berkenaan bebas daripada sebarang penyakit berjangkit seperti cirit-birit, tibi dan kencing tikus.

“Cuma ada tiga atau empat pelarian Rohingya yang dikesan mengalami sakit kusta dan kita telah asingkan mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Operasi Khidmat Masyarakat anjuran Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) dan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia di Masjid Mukim Laloh di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Kesihatan Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher dan Adun Dabong merangkap Ketua Umno bahagian Kuala Krai Datuk Ramzi Ab Rahman.

Dr Helmi berkata, ujian saringan terhadap pelarian Rohingya merupakan prosedur biasa yang diamalkan ke atas warga asing bagi memastikan mereka bebas daripada sebarang penyakit.

Dalam perkembangan lain, Dr Hilmi berkata sebanyak 8,000 pelajar dalam 13 disiplin perubatan dilahirkan 33 kolej kesihatan milik kerajaan setiap tahun.

“Kesemua pelajar ini akan diserap menjadi kakitangan awam dalam bidang perubatan dan kita juga mengambil 1,600 pelajar dari kolej swasta yang akan berkhidmat dengan kerajaan.

“Kita sasarkan pada 2020 nanti, seorang pegawai perubatan mampu memberikan khidmat kepada 400 penduduk,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: KKMRohingya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd