• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Marin Rampas Pelbagai Mercun Bernilai RM500,000

oleh Ahmad Albab
29/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Pasukan Polis Marin (PPM) Pengkalan Kubor berjaya merampas pelbagai mercun yang dianggarkan bernilai RM500,000 di Pulau Besar di sini, semalam.

Komander PPM Wilayah Tiga ACP Azmi Ibrahim berkata dalam operasi pada 2 pagi itu, sepasukan anggota dari PPM Pengkalan Kubor telah melakukan intipan di kawasan tebing sungai di pulau berkenaan dan menjumpai 110 kotak yang mengandungi barangan terlarang itu.

“Anggota kemudiannya menunggu di kawasan tersebut selama lima jam bagi mengesan sama ada terdapat suspek, bagaimanapun tiada suspek yang datang untuk mengambil kotak-kotak berkenaan.

“Kesemua kotak itu kita telah rampas dan tiada sebarang tangkapan dibuat dalam operasi berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di Markas PPM Pengkalan Kubor di sini, Jumaat.

Turut hadir Pegawai Pemerintah PPM Pengkalan Kubor, ASP Mohd Nawi Yunus.

Beliau berkata mercun berkenaan dipercayai cuba diseludup masuk ke negara ini untuk kegunaan Aidilfitri nanti.

“Mereka ingin bawa masuk mercun ini lebih awal bagi mengelak aktiviti mereka dikesan dan kami percaya ia untuk pasaran tempatan seperti di Terengganu dan negeri lain. Mercun ini adalah dari negara jiran,” katanya.

Azmi berkata sindiket ini telah mengubah modus operandinya dengan menggunakan jalan laut untuk membawa masuk barang terlarang tersebut.

“Lazimnya sindiket ini akan membawa masuk mercun menggunakan Sungai Golok tetapi sekarang dah lain, mereka seludup guna jalan laut.

“Kita lihat Pulau Besar ini berada di kawasan Laut China Selatan dan ia juga merupakan perkampungan nelayan, jadi kita akan giatkan lagi operasi bagi membanteras aktiviti penyeludupan terutama mercun menjelang musim perayaan,” katanya.

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, beliau berkata dalam tempoh Januari hingga awal Mei tahun ini, pasukan PPM Pengkalan Kubor berjaya merampas pelbagai barang seludup yang bernilai lebih RM600,000. – BERNAMA

 

Tags: mercunpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd