• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Kanan Indonesia Ditahan Kes Rasuah Lebih RM2 Bilion

oleh Mohd Arshad
18/05/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Menteri Kanan Indonesia Ditahan Kes Rasuah Lebih RM2 Bilion
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang menteri kanan semalam kerana terlibat dalam kes rasuah projek telekomunikasi yang mengakibatkan negara kerugian hampir AS$500 juta (RM2.26 bilion).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tampil memakai jaket merah jambu yang biasa dipakai suspek kes rasuah, Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Johnny Gerard Plate disoal siasat berjam-jam di Pejabat Peguam Negara (AGO). Dia kemudian dibawa menaiki kereta menuju ke sebuah pusat tahanan di Jakarta.

“Berdasarkan siasatan hari ini (semalam), kami mendapati terdapat bukti mencukupi bahawa dia (Plate) terlibat dalam kes rasuah stesen pangkalan pemancar (BTS),” kata Pengarah Siasatan Jenayah Khas AGO, Kuntadi.

Projek BTS diketuai oleh sebuah agensi di bawah kementerian komunikasi dan bermatlamat menyalurkan akses internet 4G ke kawasan pedalaman di serata negara kepulauan tersebut.

AGO tidak memperincikan peranan Plate dalam kes itu atau berapa nilai suapan yang diterimanya kerana siasatan masih berterusan.

Bagaimanapun, penyelewengan itu menyebabkan kerugian keseluruhan berjumlah sekitar AS$500 juta, kata Kuntadi kepada pemberita.

AGO melaporkan bahawa pihaknya mendapati terdapat kecurigaan dalam proses pemerolehan projek itu melibatkan syarikat tempatan dan asing.

AGO sebelum ini menamakan lima suspek lain dalam kes itu termasuk seorang eksekutif sebuah anak syarikat gergasi telekomunikasi China, Huawei.

“Kes ini sangat strategik. Ini adalah program pemerintah untuk penduduk di kawasan paling terpencil dan amat memerlukan infrastruktur BTS,” kata jurucakap AGO, Ketut Sumedana dalam satu sidang akhbar.

Sekiranya didapati bersalah, Plate berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dibawah undang-undang antirasuah Indonesia.

Kosmo-

Tags: ditahanKes RasuahMenteri Kanan Indonesia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Dilepaskan Dan Dibebaskan

Syed Saddiq Dilepaskan Dan Dibebaskan

13/07/2026
0

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilepaskan dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan pecah amanah, salah guna...

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd