• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Tawar Insentif RM3,000 Kepada Jemaah Haji

oleh Mohd Arshad
17/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Selangor Tawar Insentif RM3,000 Kepada Jemaah Haji
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM : Kerajaan negeri melalui Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) menawarkan Insentif Haji Muassasah 1444H/2023M kepada 3,000 jemaah kumpulan B40 dan M40 di negeri ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata insentif RM3,000 itu sebagai langkah memudahkan jemaah yang akan menunaikan haji tahun ini.

“Setiap jemaah yang memohon dan menepati syarat kelayakan akan diberikan wang tunai RM500 serta kit syifa termasuk ubat-ubatan, cecair pembasmi kuman, losyen, serta pelembap bibir.

“Keseluruhan program ini akan diperuntukkan sebanyak RM1,653,000 dan permohonan akan dibuka bermula Jumaat ini hingga 25 Ogos depan.

“Bagi memudahkan proses pendaftaran, urusan permohonan akan dilaksanakan menerusi Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri dan akan diselaraskan oleh MBI selaku pelaksana program,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amirudin berkata, jemaah yang layak memohon adalah warganegara Malaysia dan mempunyai salinan surat tawaran mengerjakan haji muassasah yang mengandungi kenyataan bayaran haji serta salinan jadual penerbangan.

“Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Pusat Khidmat Masyarakat DUN masing-masing melalui pautan https://bit.ly/3ByFSxm.

“Saya mengharapkan usaha ini dapat memudahkan urusan perjalanan bagi jemaah yang bakal meraikan dhuyufurrahman tahun ini,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Insentifjemaah hajiselangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa PH berjanji akan membawa kemajuan di Johor sekiranya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd