• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Sengketa Antara Saya Dan Malique – Joe Flizzow

oleh Mohd Arshad
14/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tiada Sengketa Antara Saya Dan Malique – Joe Flizzow
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Penyanyi Hip Hop terkenal tanah air, Joe Flizzow, 44, menegaskan tidak pernah mempunyai sengketa dengan penyanyi, Malique, 45, seperti didakwa beberapa pihak.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak berkata, pilihan untuk membawa haluan muzik masing-masing adalah keputusan bersama dan bukannya disebabkan oleh pergaduhan atau permusuhan.

“Saya dah lama tak jumpa dia (Malique) sejak pandemik.

“Tak pernah ada sengketa antara kami. Sekarang ini pun saya sedang mengusahakan satu projek yang memerlukan kerjasamanya.

“Too Phat akan ada satu projek di masa akan datang, cuma saya tak boleh kongsikan sekarang,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Ramai peminat Hip Hop menginginkan Joe Flizzow dan Malique kembali berkongsi pentas yang sama sekali gus mengulang semula kegemilangan Too Phat di penghujung era 90-an.

Namun menurut Joe, jika Malique mahu munculkan diri di khalayak sekalipun, dia mungkin akan bergerak secara solo.

“Saya rasa kalau dia nak buat kemunculan semula sebagai penghibur, dia akan bergerak secara solo sebagai Malique.

“Dia pun dah bina jenama sendiri sebagai artis solo. Lebih munasabah kalau dia kembali dalam industri sebagai Malique, bukan Too Phat,” tambahnya.

Ditanya adakah Malique bakal dijemput untuk membuat persembahan di konsert Joe Flizzow – This is Johan Live In Concert selepas 15 tahun, penyanyi itu menggeleng.

“Lebih munasabah kalau kami mula dengan satu lagu.

“Jika mahu jemput dia berkongsi pentas dengan saya dalam konsert, saya tak rasa dia mahu kerana dia sudah lama tidak buat persembahan di depan khalayak,” katanya.

Terkini, selepas 15 tahun, Joe Flizzow tampil dengan konsert solonya bernama Joe Flizzow- This is Johan Live In Concert. Konsert itu bakal berlangsung pada 15 Julai di JioSpace, 8:30 malam.

“Bagi konsert akan datang strategi yang saya bawakan juga berbeza. Ada banyak perincian yang saya beri perhatian.

“Saya dan band banyak menghabiskan masa di dalam studio untuk cipta keserasian, membuat susunan muzik dan mengadakan sesi latihan.

“Kita juga akan menampilkan beberapa barisan artis untuk penyerikan malam konsert itu lagi,” katanya.

Untuk Info, Malique dan Joe menubuhkan kumpulan Too Phat pada tahun 1990-an yang mencipta fenomena baru dalam arus muzik Hip Hop tanah air.

Walau bagaimanapun, mereka mengumumkan pembubaran pada tahun 2007 selepaskan menerbitkan album kompilasi Too Phat bernama Too Furious. Sejak itu, Malique perlahan-lahan menghilang daripada radar industri.

UtusanOnline-

Tags: joe flizzowmaliquesengketa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Patung Purba Berusia 2,500 Tahun Ditemukan Di Sepanyol

Next Post

Taufan Mocha Mula Badai Bangladesh, Myanmar

Related Posts

Malaysia Pertimbang Cari Semula MH370

Hannah Yeoh ‘Tegur’ Joe Flizzow

03/03/2024
0

KUALA LUMPUR: "Pakaian sekolahnya tak seperti pakaian sekolah yang normal. Dia memakai seluar 'baggy' dan baju selalunya tak 'tuck in'...

JDT Always First!

19/03/2022
0

Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) milik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim "always first" fakta yang tidak...

Next Post
Taufan Mocha Mula Badai Bangladesh, Myanmar

Taufan Mocha Mula Badai Bangladesh, Myanmar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd