• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Homestay Jadi Transit, Polis Rampas Dadah Lebih RM3.4 Juta

oleh Mohd Arshad
07/05/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Homestay Jadi Transit, Polis Rampas Dadah Lebih RM3.4 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN : Satu sindiket pengedaran dadah menjadikan homestay atau inap desa di kawasan kampung sebagai transit bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Namun, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, helah sindiket yang dipercayai mula bergerak aktif sejak Januari lalu tersebut berjaya dikesan dan terbongkar dalam dua serbuan, Khamis lalu.

Menurutnya, dalam serbuan di Ayer Baloi, dekat sini dan Tangkak pada pukul 8.45 hingga 10 malam itu, lima lelaki yang merupakan ahli sindiket termasuk seorang tekong warga asing berusia antara 23 hingga 53 tahun diberkas.

“Hasil serbuan ini polis Johor berjaya merampas 62 peket mengandungi 64.89 kilogram (kg) dadah jenis syabu dan 58,626 biji pil ekstasi seberat 17.58 kg dengan nilai keseluruhan RM3.43 juta,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, di sini hari ini.

Katanya, sindiket itu menggunakan modus operandi dengan menyewa homestay di kawasan kampung berhampiran pesisiran pantai sebagai tempat menyimpan dadah tersebut.

Selepas itu, sindiket akan menggunakan khidmat tekong laut untuk membawa bekalan dadah berkenaan untuk diseludup ke negara jiran melalui jalan tikus.

“Seorang lelaki warga asing berusia 53 tahun yang ditahan itu merupakan tekong laut yang akan membawa dadah-dadah ini menggunakan bot. Suspek merupakan orang dikehendaki polis negara jiran itu kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah,” katanya sambil memberitahu sindiket juga bertindak licik dengan membungkus syabu dalam bungkusan kopi dan teh Cina.

Dalam serbuan itu, pihak polis turut merampas dua buah bot fiber, empat kenderaan, sebuah motosikal serta wang tunai dengan nilai sitaan berjumlah RM248,860.29.

Dua daripada suspek turut didapati positif dadah dan kesemua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari hingga 11 Mei ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-Utusan Online

Tags: dadahhomestaypolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd