• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wan Rakemi Menang Pemilihan Jawatan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah

oleh Mohd Arshad
06/05/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Wan Rakemi Menang Pemilihan Jawatan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah
Share on FacebookShare on Twitter

TANAH MERAH: Jawatan Ketua UMNO bahagian Tanah Merah yang kosong selepas penyandangnya, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz keluar parti untuk menyertai BERSATU selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) empat tahun lalu, kini diisi Datuk Wan Rakemi Wan Zahari.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Wan Rakemi menang dengan majoriti hanya 38 undi bagi menewaskan dua calon lain, iaitu bekas Timbalan Ketua UMNO (Pentadbir) Bahagian Tanah Merah, Datuk Ir Shaari Hassan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Ipoh, Mohd Bakri Mustapha pada pemilihan hari ini.

UMNO Tanah Merah sebelum ini digantung tanpa dinyatakan alasan, berkuat kuasa 16 Jun 2020. Dengan terpilihnya barisan kepemimpinan baharu, ia mengembalikan mandat kepada UMNO bahagian itu selepas hampir tiga tahun penggantungan.

Keputusan menggantung UMNO bahagian itu dibuat pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti 16 Jun 2020. Berikutan itu, Badan Perhubungan UMNO Kelantan menubuhkan jawatankuasa sementara untuk mentadbir bahagian berkenaan.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Akbar Salim ketika dihubungi, memaklumkan, pada pemilihan hari ini, Wan Rakemi mendapat sebanyak 196 undi, manakala jawatan timbalannya dimenangi Mazli Mustapha dan naib oleh Alias Md Yusoff.

“Saya bersyukur pemilihan hari ini berjalan lancar, tenang dan jumlah perwakilan yang keluar mengundi sangat membanggakan. Seramai 474 daripada 515 perwakilan mengundi, hampir 90 peratus.

“Dengan selesainya pemilihan ini, ia juga akan membangkitkan kembali UMNO Tanah Merah. Selepas ini kita akan fokus untuk membina semula UMNO bahagian ini dan buat persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan,” katanya.

Terdahulu semalam, Noor Azizah Abdul Halim dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO bahagian; jawatan Ketua Pemuda pula dimenangi Zuhairi Zakaria dan naibnya oleh Fasyan Fauzi.

BHonline-

Tags: Datuk Wan Rakemi Wan ZahariJawatan Ketua UMNOUMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd