• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM50 Juta Untuk Naik Taraf, Baik Pulih IPMA

oleh Mohd Arshad
04/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
RM50 Juta Untuk Naik Taraf, Baik Pulih IPMA
Share on FacebookShare on Twitter

Papar : Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM50 juta membabitkan projek menaik taraf dan membaik pulih Institusi Pendidikan Mara (IPMA) bagi tahun ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM25 juta diperuntukkan kepada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan RM17 juta kepada Institut Kemahiran Mara (IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM).

“Manakala RM8 juta diperuntukkan kepada Kolej Mara (KM) dan Kolej Profesional Mara (KPM),” katanya ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra selepas sesi lawatan di MRSM Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi.

Mengulas lanjut, Timbalan Perdana Menteri berkata, IPMA Sabah akan diperuntukkan anggaran sebanyak RM2.347 juta dan RM250,000 untuk MRSM Kota Kinabalu.

Katanya, peruntukan itu bagi membaik pulih perpaipan air bersih, naik taraf sistem pencegahan kebakaran dan penggantian perabot.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menzahirkan rasa bangga kerana Mara dan MRSM mempunyai standard pendidikan yang baik.

“Imej yang berprestij ini haruslah dipertahankan sebaiknya, termasuk dari segi infrastruktur dan pengisiannya,” katanya.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid turut mengumumkan MRSM Kota Kinabalu kini dikenali sebagai MRSM Tan Sri Musa Aman.

-Harian Metro

Tags: baik pulihIPMAnaik taraf
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 12,000 Tandas Awam Dinaik Taraf, Madani Betul-Betul Bekerja – Nga Kor Ming

Hampir 12,000 Tandas Awam Dinaik Taraf, Madani Betul-Betul Bekerja – Nga Kor Ming

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani terus menunjukkan komitmen dalam meningkatkan kemudahan awam apabila hampir 12,000 tandas awam di seluruh negara...

Kerja Naik Taraf Fasiliti Kesihatan Di Sabah 70 Peratus Siap – Dr Dzulkefly

Kerja Naik Taraf Fasiliti Kesihatan Di Sabah 70 Peratus Siap – Dr Dzulkefly

15/11/2025
0

Putrajaya: Kerja-kerja pembaikan serta naik taraf fasiliti kesihatan di Sabah kini berada pada tahap 70 peratus siap, kata Menteri Kesihatan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd