• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantuan Khas Raya Pegawai Masjid, MKK Lewat Sebulan

oleh Mohd Arshad
03/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bantuan Khas Raya Pegawai Masjid, MKK Lewat Sebulan
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR : Kerajaan negeri akan mengagihkan bantuan khas Aidilfitri kepada pengerusi dan setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) serta pegawai masjid di seluruh Kedah bermula 17 Mei ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, bayaran yang sepatutnya dibuat pada 18 April lalu tertangguh kerana beberapa masalah termasuk penstrukturan semula Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) yang kini dikenali MKK.

“Jumlah bantuan yang diterima pengerusi dan setiausaha MKK serta pegawai masjid yang meliputi imam, bilal dan siak itu juga akan ditambah RM100 lagi yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM300 setiap seorang.

“Naik RM100 sebab kita lambat bayar,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Pada 12 April lalu, kerajaan negeri mengumumkan bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM200 kepada 3,924 penerima terdiri daripada pengerusi dan setiausaha MKK serta pegawai masjid di negeri ini.

Bantuan itu sepatutnya dibayar terus ke akaun penerima pada 18 April lalu yang melibatkan peruntukan keseluruhan RM784,800 di mana seramai 772 pengerusi MKK, 766 setiausaha MKK dan 2,386 pegawai masjid meliputi imam, bilal dan siak akan menerima manfaat.

-Utusan Online

Tags: Bantuan Khas RayaLewatMKKPegawai Masjid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Dakwaan Lewat Tiba Di PPC

Polis Siasat Dakwaan Lewat Tiba Di PPC

06/11/2022
0

PETALING JAYA: Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan individu orang kurang upaya (OKU) yang tidak dapat masuk ke Pusat Penamaan...

Pelan Antirasuah Nasional Mungkin Lewat Namun Tetap Diteruskan

27/05/2022
0

PUTRAJAYA – Beberapa inisiatif disasarkan berkemungkinan besar akan melewati tempoh disiapkan tahun 2023 kerana kesukaran yang melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd