• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elemen KDNKA ‘Senjata Utama’ PDRM Halang PATI

oleh Mohd Arshad
02/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Elemen KDNKA ‘Senjata Utama’ PDRM Halang PATI
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan segala elemen dalam Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) bagi memastikan negara tidak dibolosi pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata semua elemen berkenaan adalah Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Gerakan Udara (PGU), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Polis Hutan.

“PPM sentiasa melakukan rondaan mengekang kemasukan PATI dan aktiviti penyeludupan melalui pintu masuk negara yang tidak diwartakan membabitkan perairan negara.

“PGA pula mengawal sempadan daratan negara dan PGU membantu melakukan pengawasan dan pemantauan dari udara,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Acryl Sani berkata, selain penguatkuasaan PDRM sendiri, JKDNKA turut bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk memastikan kedaulatan perairan negara sentiasa terjaga dari dibolosi pencerobohan dan penyeludupan.

“Usaha membabitkan jabatan lain dalam pasukan PDRM turut digerakkan dalam mengelakkan pembolosan PATI.

“Secara keseluruhan kita berusaha mengelakkan pembolosan PATI melalui perairan, darat serta laluan udara melalui setiap lapangan terbang di negara ini,” katanya.

Beliau mengulas perkara ini susulan kenyataan Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Mohd Zubil Mat Som, yang mendakwa Malaysia amat terdedah kepada pencerobohan PATI berikutan keadaan dan faktor geografinya.

Namun, isu berkenaan dilaporkan masih terkawal.

BHonline-

Tags: JKDNKAPatiPDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd