• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Batuk Kokol Di Sabah Meningkat 986 Peratus – KKM

oleh Mohd Arshad
28/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kes Batuk Kokol Di Sabah Meningkat 986 Peratus – KKM
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU : Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 76 kes batuk kokol di Sabah sepanjang tempoh antara Januari hingga 27 April lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan 986 peratus berbanding minggu epid sama (ME16) pada tahun lalu, yang hanya merekodkan tujuh kes.

Mengulas lanjut, beliau berkata kes batuk kokol di Sabah dikenal pasti membabitkan 11 daerah dengan Kota Kinabalu paling tinggi mencatatkan 20 kes.

“Selain itu, batuk kokol sama turut direkodkan di Lahad Datu dengan 16 kes, diikuti 15 di Tawau, lapan di Putatan serta masing-masing empat di Semporna dan Papar.

“Di Kunak dan Tambunan pula masing-masing mencatatkan tiga kes, manakala daerah Kinabatangan, Tuaran dan Sandakan masing-masing dengan satu kes.

“Selain 41 kes membabitkan rakyat tempatan, batuk kokol di Sabah turut dikesan membabitkan 27 warga Filipina dan lapan dalam kalangan warga Indonesia,” katanya ketika sidang media selepas sesi Town Hall Kertas Putih Kesihatan Zon Negeri Sabah hari ini.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat merangkap EXCO Kesihatan negeri, Datuk James Ratib; Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Dr Rose Nani Mudin.

Dr Zaliha dalam pada itu mengakui jumlah kes batuk kokol di Sabah agak membimbangkan, namun pihaknya akan membuat pemantauan secara berterusan.

“Jumlah kes ini boleh dikatakan agak banyak, namun bila (laporan berkenaan kes batuk kokol) sampai kepada pihak kita, kita sudah pasti akan melakukan pemantauan seterusnya.

“Setakat ini kita juga menerima laporan tentang kes itu di negeri lain, tetapi saya akan meneliti dan cuba mendapatkan laporan (lebih terperinci) tersebut,” katanya.

Dr Zaliha turut menggesa ibu bapa khususnya di Sabah membawa anak-anak yang mempunyai gejala batuk ke hospital atau klinik berdekatan dengan kadar segera bagi membolehkan pemantauan dan rawatan diberikan.

-Berita Harian

Tags: Batuk KokolKes Battuk KokolKes Batuk KokolSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd