• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TLDM Kesan Dua Bot PATI Cuba Masuk Perairan Malaysia

oleh Ahmad Albab
28/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini mengesan dua bot yang dipercayai membawa Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan cuba memasuki perairan negara berhampiran Pulau Langkawi.

Pegawai Memerintah Kapal Diraja (KD) Kasturi Kapt Shahrum Shaim berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Pegawai Memerintah KD Ledang Lt Komander Ismail Karsin.

Katanya dua bot berkenaan dikesan di sektor F utara Selat Langkawi di Selat Chinchin kira-kira 9.45 pagi tadi ketika cuba memasuki perairan negara secara haram.

“Dua bot itu telah berpatah balik ke perairan Thailand setelah menyedari kehadiran kapal TLDM yang sedang membuat pemantauan dan pergerakan mereka. KD Ledang telah mengesan kedudukan bot mereka dari jarak lima batu nautika,” katanya kepada pemberita ketika sesi taklimat Op Sekat di atas kapal tersebut hari ini.

Shahrum berkata kebiasaannya bot yang membawa PATI tidak mempunyai nombor pendaftaran bot, tidak berwarna serta mempunyai reka bentuk yang lain.

“Bot nelayan tempatan mempunyai tiga ciri berikut dan reka bentuknya pula adalah mengikut negeri masing-masing,” katanya.

Shahrum berkata bot nelayan luar dan bot yang tidak dikenal pasti pula akan disiasat pasukan penggeledahan untuk memeriksa dokumen mereka.

Beliau berkata sekiranya pihak yang dikesan adalah pelarian Rohingya, TLDM akan memberi bantuan kemanusiaan dari segi minuman dan makanan.

Difahamkan pelarian Rohingya yang hendak menaiki bot tongkang perlu membayar US$300 (kira-kira RM1,083) seorang kepada sindiket untuk menaiki bot itu bagi membawa mereka ke Malaysia.

KD Kasturi ketika ini menyertai Op Sekat yang bermula 25 Mei lalu dalam misi bantuan kemanusiaan dan sehingga hari ini membuat rondaan melibatkan 1,959.75 batu nautika persegi di kawasan perairan Langkawi dan utara selat Melaka.

Misi ini melibatkan 17 pegawai dan 107 anak kapal. Operasi itu juga melibatkan KD Ledang dan KD Lekir.

Sebanyak 1,158 pendatang dari Bangladesh dan migran Rohingya dari Myanmar, termasuk wanita dan kanak-kanak, dilaporkan mendarat secara haram di Langkawi pada 10 Mei lepas.

Sementara itu, lebih 7,000 lagi dikatakan berada di laut dalam usaha mendarat di Malaysia.

Malaysia dan Indonesia yang pada awalnya tidak mahu menerima etnik Rohingya akhirnya berganjak daripada pendirian awal dan menawarkan tempat perlindungan sementara kepada 7,000 pendatang yang dikatakan masih berada di laut.

Kedua-dua negara juga bersetuju yang proses penempatan semula dan penghantaran pulang mereka akan dilakukan dalam tempoh setahun.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah mengarahkan TLDM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) membantu MERCY Malaysia menghantar bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya sama ada melalui laut atau darat. – BERNAMA

Tags: PatiTLDM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

27/11/2025
0

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam di Perairan Pulau Perak Oleh Mynewshub  LANGKAWI, 27 November – Seorang individu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd