• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tarikh Akhir Kemuka Borang Cukai Taksiran 30 April, e-Filing 15 Mei

oleh Mohd Arshad
26/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tarikh Akhir Kemuka Borang Cukai Taksiran 30 April, e-Filing 15 Mei
Share on FacebookShare on Twitter

PETLING JAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengingatkan tarikh akhir bagi mengemukakan Borang Nyata (BN) Cukai Tahun Taksiran 2022 (TT 2022) bagi pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan secara manual pada 30 April, manakala e-Filing pada 15 Mei.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam satu kenyataan LHDN memaklumkan, ia melibatkan individu pemastautin, individu pemastautin (pekerja berpengetahuan dan berkepakaran), individu bukan pemastautin, individu bukan pemastautin (pekerja berpengetahuan), pertubuhan, harta pusaka dan keluarga sekutu Hindu.

Katanya, pembayar cukai disaran mengemukakan BN dan membayar baki cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti dan kenaikan cukai dikenakan.

“Sebagai panduan berkenaan pengemukaan BN, pembayar cukai boleh merujuk kepada Program Memfail BN bagi tahun 2023 yang boleh diakses dan dimuat turun menerusi pautan LHDN dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

“Pembayar cukai boleh merujuk dalam Bahasa Melayu melalui pautan https://www.hasil.gov.my/media/lq5fu3zd/20230324-program-memfailborang-nyata-bn-bagi-tahun-2023.pdf.

“Bagi Bahasa Inggeris di pautan https://www.hasil.gov.my/media/wm2oviph/20230324-return-form-filingprogramme-for-the-year-2023.pdf,” kata kenyataan itu di sini, hari ini.

Katanya, pembayar cukai juga dinasihatkan untuk mengisi maklumat diri dan perbankan yang tepat serta terkini bagi membantu kelancaran proses bayaran balik cukai sekiranya ada.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara ini boleh dikemukakan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 03-8911 1100 (luar negara), HASiL Live Chat ataupun melayari portal rasmi LHDN di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/public.

-Kosmo Online

Tags: Borang Cukai TaksiranE-FilinghasilLHDNM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hasil Negeri Johor Cecah RM1 Bilion, Bantuan Rakyat Diperluas – Onn Hafiz

Hasil Negeri Johor Cecah RM1 Bilion, Bantuan Rakyat Diperluas – Onn Hafiz

05/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Johor mencatatkan prestasi memberangsangkan dengan hasil negeri mencecah RM1 bilion setakat 30 April 2026 iaitu peningkatan sebanyak...

14,858 Pemastautin Cukai Miliki Akaun Luar Negara Lebih RM10 Bilion, Gagal Lapor BNCP

14,858 Pemastautin Cukai Miliki Akaun Luar Negara Lebih RM10 Bilion, Gagal Lapor BNCP

02/02/2026
0

CYBERJAYA, 2 Februari 2026 – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mendedahkan seramai 14,858 pemastautin cukai Malaysia dikenal pasti mempunyai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd