• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Bas Bahayakan Penumpang Tidak Lagi Dibenar Memandu

oleh AK-47
20/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pemandu Bas Bahayakan Penumpang Tidak Lagi Dibenar Memandu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemandu bas yang ingkar peraturan jalan raya sehingga membahayakan keselamatan penumpang akan diambil tindakan tegas termasuk tidak dibenarkan lagi memandu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Lokman Jamaan berkata, pihaknya mengambil serius isu tersebut dan meletakkan sifar kemalangan pengangkutan awam sebagai fokus Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Op Bersepadu Hari Raya Aidilfitri 2023.

Katanya, setakat ini tiga kes melibatkan pemandu bas disyaki menggunakan bahan terlarang telah direkodkan, hasil pemeriksaan rambang dijalankan JPJ bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan sempena Hari Raya Aidilfitri.

“Kami telah mengambil tindakan supaya mereka ini tidak dibenarkan untuk memandu bas kerana ia boleh mendatangkan risiko kemalangan.

“Sekiranya berlaku kemalangan melibatkan bas-bas pengangkutan awam ini kesannya sangat tinggi. Satu bas membawa lebih kurang 40 nyawa (40 penumpang), ia menyebabkan satu kehilangan yang amat besar,” katanya semasa menjadi tetamu sebuah program televisyen hari ini.

Dalam usaha mengurangkan kes kemalangan sempena sambutan Aidilfitri kali ini, Lokman berkata pihaknya juga akan menempatkan pegawai dan anggota di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti.

-Sinar Harian

Tags: pemandu baspenumpang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Video Bas Pandu Melulu Di Jalan Duta-Mont Kiara

Polis Siasat Video Bas Pandu Melulu Di Jalan Duta-Mont Kiara

19/06/2025
0

KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung video tular melibatkan sebuah bas yang dipercayai dipandu secara melulu sehingga hampir...

Nahas Pelajar UPSI: Lesen Pemandu Bas Digantung Serta-Merta

Nahas Pelajar UPSI: Lesen Pemandu Bas Digantung Serta-Merta

16/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Lesen memandu vokasional (PSV) milik pemandu bas yang terbabit dalam nahas meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd