• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

85 Maut Berebut Wang Sumbangan RM89 Di Yemen

oleh Mohd Arshad
20/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
85 Maut Berebut Wang Sumbangan RM89 Di Yemen

Share on FacebookShare on Twitter

SANAA, Yemen – Lebih 80 orang terbunuh dan beratus-ratus yang lain cedera dalam insiden rempuhan semasa satu acara amal di negara bergolak Yemen semalam, kata beberapa pegawai puak Houthi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Insiden semalam merupakan rempuhan paling buruk dalam tempoh satu dekad di Yemen.

Tragedi terbaharu di negara Semenanjung Arab paling miskin itu berlaku beberapa hari menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Beratus-ratus orang di negara miskin itu berkumpul di sebuah sekolah di ibu kota Yemen, Sanaa untuk menerima pemberian wang tunai berjumlah 5,000 riyal Yemen (RM89).

Sekurang-kurangnya 85 orang terbunuh, manakala 322 yang lain cedera dalam kejadian rempuhan di daerah Bab al-Yemen di Sanaa, kata seorang pegawai keselamatan militia Houthi.

“Wanita dan kana-kanak merupakan antara yang terbunuh,” katanya kepada agensi berita AFP.

Seorang pegawai kesihatan Yemen kemudian mengesahkan angka tersebut.

Kementerian Dalam Negeri Yemen menyatakan bahawa mereka yang terkorban dan cedera telah dibawa ke hospital, manakal mereka yang bertanggungjawab menganjurkan acara itu telah ditangkap.

Menurut ketua Jawatankuasa Revolusi Agung Houthi, Mohamed Ali al-Huthi, rempuhan itu disebabkan bilangan orang hadir yang ‘terlalu ramai’.

“Orang ramai bersesak di sebatang jalan sempit menghala ke pintu masuk di belakang sekolah tersebut,” katanya.

Sebaik sahaja pintu pagar dibuka, orang ramai menyerbu laluan tangga menghala ke halaman di mana agihan wang itu diadakan.

Beberapa saksi bagaimanapun berkata, tembakan senjata api menyebabkan orang ramai panik dan membawa kepada tragedi itu.

UtusanOnline-

Tags: berebut wangmautYemen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd