• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Jemput Sanusi Hadir Rumah Terbuka Aidilfitri KDN 29 April Ini

oleh Mohd Arshad
17/04/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PH Jemput Sanusi Hadir Rumah Terbuka Aidilfitri KDN 29 April Ini
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR : Pakatan Harapan (PH) Kedah menjemput Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri yang dijadual turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 29 April ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Zamri Yusuf, berkata program anjuran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail itu dijangka diadakan di bandar raya ini, namun lokasi tepatnya belum diputuskan lagi.

Beliau berkata, Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu adalah acara terbuka yang boleh dihadiri semua pihak dengan Muhammad Sanusi turut dijemput menyertainya.

“Sebagai sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan, kita mengalu-alukan semua orang termasuk Muhammad Sanusi hadir. Perjalanan (majlis) kita mengikut peraturan, bukan berdasarkan mimpi, mimpi malam kata orang tak jemput, esok siang cakap orang tak jemput, itu mimpi.

“Kita berdasarkan realiti, memang prosedur ketua negeri, kita jemput datang. Contohnya program berbuka puasa bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Jitra baru-baru ini, Menteri Besar hadir ke majlis itu,” katanya.

Zamri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Suka Menanti berkata, majlis rumah terbuka berkenaan juga akan menjadi platform semua menteri yang dijemput berbincang mengenai aspek pembangunan di Kedah.

Mengulas keputusan tidak menjemput Muhammad Sanusi ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri di Sungai Petani, Jumaat lalu, beliau berkata, program itu dikhaskan untuk warga KDN saja.

Pada Jumaat lalu, Anwar dan Saifuddin menghadiri Majlis Penerapan Nilai Murni dan Iftar KDN Madani yang diadakan di Sekolah Latihan Asas Pasukan Polis Sungai Petani.

Perdana Menteri pada majlis itu mengumumkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang secara kebiasaan diadakan di Seri Perdana, Putrajaya, pada hari raya pertama tidak diadakan tahun ini.

Sebaliknya, Anwar berkata, beliau akan hadir Majlis Rumah Aidilfitri anjuran agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi membolehkannya mendekati lebih ramai rakyat negara ini.

Katanya, sebagai permulaan beliau akan menghadiri Majlis Rumah Terbuka peringkat negeri di Kedah yang dijadual berlangsung 29 April ini.

Sementara itu, Muhammad Sanusi dalam reaksinya berkata, beliau tidak berkecil hati, walaupun tidak dijemput menghadiri majlis anjuran Kerajaan Persekutuan dan menganggap ia perkara kecil.

-Berita Harian

Tags: PHRumah Terbuka Aidilfitri KDNSanusi
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘10,000 Hadir Konvensyen PH 2026 Sampai Terpaksa Bersila Atas Lantai’ – Sheikh Umar

‘10,000 Hadir Konvensyen PH 2026 Sampai Terpaksa Bersila Atas Lantai’ – Sheikh Umar

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali melahirkan rasa syukur apabila Konvensyen Pakatan Harapan (PH) 2026...

Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”

Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali melontarkan laungan keramat beliau, “Lawan Tetap Lawan!,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd