• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan Datuk Zuraida Kamaruddin untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang sah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Peguam Persekutuan M Kogilambigai dalam hujahnya, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa pertikaian dalam PBM adalah perkara dalaman untuk diselesaikan pihak terlibat.

“Mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar perkara itu kerana klausa penyingkiran di bawah Seksyen 18C dalam Akta Pertubuhan 1966,” katanya.

Peguam Mohamed Ashmeer Ashrof yang mewakili Zuraida, berhujah bahawa pertikaian itu telah diselesaikan dan notis telah dihantar kepada RoS pada Oktober tahun lepas.

“Bagaimanapun, RoS tidak mengiktirafnya sebagai presiden parti,” katanya.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Hakim Datuk Amarjeet Singh menetapkan 11 Mei untuk penjelasan lanjut dan menyampaikan keputusannya mengenai bantahan AGC itu.

Zuraida, 65, yang memfailkan permohonan itu pada 24 Mac dan menamakan RoS sebagai responden tunggal, memohon pengisytiharan bahawa tindakan RoS mengekalkan Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shen sebagai presiden PBM adalah tidak sah dan memohon perintah mandamus untuk mengarahkan RoS mengiktiraf beliau sebagai presiden PBM berkuat kuasa 7 Oktober 2022.

Bekas Ahli Parlimen Ampang itu dalam afidavit sokongannya berkata, beliau menerima surat daripada PBM pada 27 Oktober 2022, memaklumkan pelantikannya sebagai presiden PBM.

Bagaimanapun, Zuraida berkata, beliau menerima surat daripada parti itu bertarikh 19 Disember tahun lepas yang menyatakan Soon mengisytiharkan dirinya sebagai presiden PBM dan menggantung keahliannya (Zuraida).

Bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi itu berkata beliau mengetahui mengenai pemecatannya daripada PBM melalui portal berita The Star pada 27 Disember 2022, namun tidak pernah menerima sebarang notis, surat atau makluman daripada parti itu mengenai pemecatannya.

-Utusan Online

Tags: AGCbantahPBMZuraida Kamaruddin
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

AGC Tetap Failkan Permohonan Semak Semula Perintah Pelepasan Najib

AGC Tetap Failkan Permohonan Semak Semula Perintah Pelepasan Najib

10/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi hari ini bagi mengkaji semula perintah pelepasan membabitkan...

PBM Gesa Kerajaan Madani Hantar Zakir Naik Keluar Dari Malaysia – Ronnie Liu

PBM Gesa Kerajaan Madani Hantar Zakir Naik Keluar Dari Malaysia – Ronnie Liu

04/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Bangsa Malaysia (PBM) menggesa Kerajaan Madani mengeluarkan pendakwah bebas, Dr Zakir Naik dari Malaysia kerana mendakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd