• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

oleh Mohd Arshad
09/04/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso
Share on FacebookShare on Twitter

OUAGADOUGOU : Sekurang-kurangnya 44 orang awam terbunuh manakala ramai lagi yang cedera dalam serangan kumpulan pengganas di dua buah kampung di Timur Laut Burkina Faso, berhampiran sempadan Niger.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Leftenan Gabenor Wilayah Sahel, Rodolphe Sorgho, berkata serangan disifatkan keji dan biadap itu dilancarkan Khamis lalu, menyasarkan kampung Kourakou dan Tondobi di Timur Laut Burkina Faso.

Menurut Sorgho, seramai 31 maut di Kourakou dan 13 lagi di Tondobi, manakala pegawai wilayah itu berkata, pasukan tentera berjaya menghentikan tindakan kumpulan pengganas bersenjata daripada terus melakukan pembunuhan.

Beliau turut memberi jaminan bahawa usaha untuk mengembalikan keamanan ke kawasan itu sedang dijalankan.

Sahel yang juga kawasan penempatan miskin, sedang bergelut dengan perjuangan selama tujuh tahun dengan pejuang jihad yang dikaitkan dengan Al-Qaeda dan kumpulan Daesh.

Salah seorang penduduk Kourakou memberitahu AFP bahawa sebilangan besar pengganas menceroboh kampung itu, lewat Khamis lalu.

“Kami mendengar bunyi tembakan sepanjang malam sebelum melihat ramai terkorban pada keesokan harinya,” katanya.

Menurut penduduk kampung, kawasan mereka menjadi sasaran disebabkan perbuatan membalas dendam, selepas dua pengganas mati dibelasah penduduk kampung beberapa hari sebelumnya kerana cubaan mencuri ternakan lembu.

Ia adalah salah satu serangan berdarah paling teruk sejak Kapten Ibrahim Traore mengambil alih pucuk pimpinan dalam rampasan kuasa September lalu.

Februari lalu, 51 askar terbunuh dalam serangan ke atas Deou, di utara negara itu.

Jun lalu, dua serangan serentak berhampiran perkampungan Seytenga mengakibatkan 86 orang awam terbunuh dalam pemberontakan yang sudah lama berlarutan.

Sementara itu, kira-kira 74 terbunuh di negeri Benue di Nigeria dalam dua serangan berasingan oleh lelaki bersenjata minggu ini.

Jurucakap polis negeri Benue, Catherine Anene, berkata 28 mayat ditemui di kem untuk pelarian di kawasan kerajaan tempatan Mgban, antara petang Jumaat hingga pagi semalam.

Namun, sehingga kini punca serangan masih belum dapat dikenal pasti tetapi menurut saksi, terdapat lelaki bersenjata memasuki kawasan mereka dan mula menembak secara rambang, mengakibatkan beberapa orang terbunuh.

Keganasan dilaporkan semakin meruncing dalam tempoh beberapa tahun lalu susulan peningkatan penduduk yang menyebabkan kawasan untuk pembangunan ladang diperluaskan.

Ia menyebabkan tanah ragut terbuka bagi lembu menjadi semakin terhad, mendorong puak penternak dan peladang sering berbalah.

Pengerusi kerajaan tempatan Otukpo, Bako Eje, berkata serangan itu menyusuli kes berasingan di negeri sama pada Rabu lalu di kampung terpencil Umogidi, di mana pengembala disyaki membunuh penduduk.

Penasihat keselamatan kepada gabenor negeri Benue, Paul Hemba, berkata, sebanyak 46 mayat ditemui selepas serangan Rabu lalu itu.

Presiden, Muhammadu Buhari, dalam satu kenyataan Sabtu lalu, mengutuk pembunuhan baru-baru ini di negeri Benue di mana puluhan orang anggota komuniti Umogidi terbunuh.

Beliau turut mengarahkan pasukan keselamatan meningkatkan pengawasan di kawasan yang terjejas.

Dalam ke keganasan lain, penduduk memaklumkan, lelaki bersenjata menculik sekurang-kurangnya 80 orang di negeri Zamfara, bagi mendapatkan wang tebusan.

-Berita Harian

Tags: Burkina Fasopengganas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Tahan Pengasuh Disyaki Dera Dua Kanak-kanak

Next Post

PRN: Calon PN Di Kelantan, Terengganu Guna Logo PAS – Muhyiddin

Related Posts

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

‘Saya Pelik… Tak Pernah Berurusan Dengan Kumpulan Dilabel Pengganas’

18/02/2024
0

KUALA LUMPUR: "Saya tidak dapat pemakluman terus, cuma dapat tahu daripada rakan-rakan dan salinan surat yang tular," kata bekas Pengurus...

Serangan Hendap Ragut Nyawa 51 Askar Di Burkina Faso

Serangan Hendap Ragut Nyawa 51 Askar Di Burkina Faso

21/02/2023
0

OUAGADOUGOU: Sekurang-kurangnya 51 askar terbunuh dalam serangan hendap terbaru oleh pemberontak di utara Burkina Faso, yang secara keseluruhan sudah meragut...

Next Post
PRN: Calon PN Di Kelantan, Terengganu Guna Logo PAS – Muhyiddin

PRN: Calon PN Di Kelantan, Terengganu Guna Logo PAS - Muhyiddin

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd