• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Jawab Kontroversi Pengeluaran KWSP Isnin Ini

oleh AK-47
07/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kerajaan Jawab Kontroversi Pengeluaran KWSP Isnin Ini
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menjawab isu kontroversi berhubung pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Dewan Negara, pada Isnin ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau akan menjawabnya melalui sesi penggulungan susulan usul bagi membawa isu itu ke Dewan Negara sudah diluluskan untuk dibahaskan dalam kalangan senator.

“Isnin ini akan ada usul berhubung KWSP yang akan dibawa pada kira-kira jam kira-kira jam 4 atau 4.30 petang. Lebih sejam saya akan mendengar pandangan senator berhubung dua perkara.

“Perkara pertama mengenai kumpulan pengeluaran bersasar dan yang kedua mengenai jaminan pinjaman iaitu mereka yang meminjam bank dijamin dengan wang KWSP,” katanya pada Jumaat.

Pembukaan sesi Dewan Rakyat Isnin lalu kecoh selepas hampir semua ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) bertindak keluar dewan kerana tidak berpuas hati dengan penolakan usul bagi membahaskan pengeluaran KWSP secara bersasar oleh Speaker.

KWSP dalam kenyataannya sebelum ini mengumumkan pencarum berusia 40 tahun dan ke atas yang mempunyai baki minimum RM3,000 dalam Akaun 2 masing-masing layak membuat pinjaman bank menerusi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) bermula Khamis.

Sementara itu, Ahmad menjelaskan, beliau sudah menerima taklimat daripada KWSP mengenai jumlah pencarum yang sudah melakukan pinjaman cagaran di mana semua data serta maklumat itu akan dikeluarkan Isnin ini.

Dalam pada itu, Ahmad mengingatkan penjawat awam muda agar membeli kediaman pada usia 20-an bagi mengelak beban hutang isi rumah yang tinggi sekali gus terpaksa menggunakan wang persaraan bagi tujuan pembayaran ansuran pinjaman.

Menurutnya, hutang isi rumah memang tinggi di Malaysia yang mana kebanyakan mereka gunakan untuk membeli rumah dan kenderaan selain hutang pendidikan.

“Harapan kita supaya penjawat awam muda membeli rumah lebih awal, saya diberi taklimat kebanyakan mereka (penjawat awam) beli rumah usia 30 hingga 40 tahun.

“Mungkin mereka masih merancang kehidupan, tetapi kita berharap hutang isi rumah ini apabila pencen tidak memberi tekanan kewangan mereka,” ujarnya.

-Sinar Harian

Tags: KerajaanKontroversi Pengeluaran KWSPKWSP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd