• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Terkejut Kehadiran Bangkai Ikan Paus Di Pulau Mantanani

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Penduduk Terkejut Kehadiran Bangkai Ikan Paus Di Pulau Mantanani
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Penduduk Pulau Mantanani, Kota Belud dikejutkan dengan penemuan bangkai ikan paus yang terdampar di pesisiran pantai pulau tersebut hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Jurulatih Selaman Divercity Travel Box dikenali sebagai Ady, 30, berkata, mereka menemukan bangkai ikan paus sepanjang lebih 7 meter itu kira-kira pukul 10 pagi tadi.

“Ini kali pertama saya melihat ikan paus terdampar di sini sejak saya bertugas di Pulau Mantanani selama lebih enam tahun.

“Namun, saya difahamkan ini bukan kali pertama ikan paus terdampar di pulau ini. Sebelum ini, memang ada kejadian bangkai ikan paus dihanyutkan di Pulau Mantanani Kecil,” katanya ketika dihubungi.

Ady berkata, penemuan itu telah dimaklumkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan namun, mereka diminta untuk melupuskan bangkai tersebut.

“Biasanya apabila kami menemukan bangkai hidupan marin yang terdampar seperti bangkai penyu, kami akan menanam bangkai tersebut di kawasan hujung pulau. Jadi, bangkai ikan paus ini pun akan melalui proses yang sama,” katanya.

Ady berkata, berdasarkan bau busuk yang dikeluarkan, berkemungkinan ikan paus dari spesis baleen whale atau minke whale itu sudah mati selama beberapa hari sebelum dihanyutkan ke pesisir pantai Pulau Mantanani.

Jelasnya, sebagai penyelam, dia rasa amat sedih apabila menemukan hidupan marin yang mati terdampar sebegitu.

Malah, dia berharap kematian ikan paus itu bukan berpunca daripada termakan sisa buangan plastik di lautan.

UtusanOnline-

Tags: bangkai ikan pausPulau Mantananiterkejut
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

MP Perikatan Nasional Terkejut Abdul Hadi Muncul Di Parlimen – Ismail Salleh

MP Perikatan Nasional Terkejut Abdul Hadi Muncul Di Parlimen – Ismail Salleh

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Ismail Salleh memuat naik satu hantaran di media sosial yang menyentuh...

Terkejut Tengok Taksiran Cukai? Jangan Panik, Boleh Rayu Secara Online

Terkejut Tengok Taksiran Cukai? Jangan Panik, Boleh Rayu Secara Online

06/10/2026
0

BAYANGKAN buka sahaja notis daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL), tiba-tiba jumlah cukai yang tertera membuatkan anda terdiam. Angkanya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd