• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buka Buku Baru, KP Baru Imigresen Digesa Berhubung Dengan NGO

oleh AK-47
02/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Buka Buku Baru, KP Baru Imigresen Digesa Berhubung Dengan NGO
Share on FacebookShare on Twitter

Kumpulan hak asasi pelarian dan pendatang asing menyeru ketua pengarah imigresen yang baru, Ruslin Jusoh berbincang mengenai isu pendatang asing dengan pelbagai NGO.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ini menurut mereka bagi membantu beliau menangani punca sebenar isu berkenaan.

“Kami mahu pengarah imigresen baru berhubung dengan NGO yang bekerja dengan komuniti pendatang asing untuk menangani pekerja asing tanpa dokumen.

“Ini lebih baik daripada menggunakan Akta Imigresen untuk menjenayahkan mereka, kerana kita tahu ramai daripada mereka tidak mempunyai dokumen atau menjadi tidak berdokumen yang disebabkan bukan kesalahan mereka,” kata pengarah eksekutif Tenaganita, Glorene A Das, kepada Malaysiakini.

Glorene juga berkata Ruslin harus mengakui bahawa sistem pengurusan pendatang asing sekarang mempunyai banyak kelemahan.

Ruslin baru-baru ini dilapor berkata, dia akan memberi fokus kepada kepada isu integriti dalam kalangan anggota dan pegawai Imigresen dalam usaha mengatasi penyalahgunaan kuasa dalam jabatan itu.

Menurut Ruslin, hanya ada segelintir mereka yang ‘nakal’, namun pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas jika berlaku sebarang pelanggaran, bukan sahaja di peringkat bawahan tetapi juga di peringkat tertinggi.

Ruslin juga berkata kerjasama penuh diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes pegawai Imigresen yang disyaki terbabit dengan sindiket penyeludupan pendatang asing dari Filipina ke Semenanjung.

Sementara itu, Ketua Inisiatif Utara-Selatan, Adrian Pereira, juga senada dengan kenyataan Glorene bahawa Ruslin patut memulakan perbincangan dengan NGO berkaitan.

‘Pengarah imigresen dulu tak bincang dengan kami’

Menurut Adrian, dua pengarah imigresen terdahulu, Mustafar Ali dan Khairul Dzaimee Daud tidak mengadakan mesyuarat dengan NGO berkaitan.

“Ruslin sepatutnya mengadakan perbicangan yang serius dengan NGO, mendengarkan pandangan kami dengan ikhlas untuk tahu masalah di bawah, mengambil pengajaran dari wabak Covid-19 di mana ramai orang meninggal dunia, ditahan dan dihukum secara tidak adil.

“Panggil mesyuarat, temui pemimpin migran, ketahui penyalahgunaan yang dilakukan oleh pegawai sendiri, apa SOP baru yang diperlukan, dan akhiri budaya rahsia,” tambahnya.

Beberapa minggu lalu, Kementerian Dalam Negeri dalam jawapan di parlimen kepada Chow Yu Hui menyatakan dari Januari 2022 hingga Disember 2022, sejumlah 150 orang warga asing meninggal dunia ketika dalam tahanan.

Menurut Adrian, pusat tahanan imigresen perlu dilindungi oleh Kanun Keseksaan yang mewajibkan siasatan terhadap kematian di fasiliti itu dan ia memerlukan pindaan undang-undang segera.

“Memandangkan jumlah kematian yang membimbangkan di pusat tahanan imigresen, KP perlu menggesa penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kematian yang sangat membimbangkan,” katanya.

Salah satu kes melibatkan pelajar kedoktoran dari Nigeria, Thomas Orhions Ewansiha yang ditemui mati dalam tahanan Jabatan Imigresen pada Julai 2019, walaupun dia mempunyai pasport dan visa pelajar yang sah.

Peguam keluarganya, Rajesh Nagarajan mendakwa pegawai imigresen memukul Orhions semasa penahanannya di Depoh Imigresen Bukit Jalil dan kemudian memaksanya melakukan lompat katak.

Adrian berkata jabatan itu memerlukan perubahan yang besar dan pertukaran dasar sahaja tidak mencukupi.

“Kita perlu melihat konflik kepentingan, memastikan pembaharuan dalam proses penahanan dan penghapusan buruh paksa.

“Kita perlu berhenti menjenayahkan pendatang tanpa izin,” tambahnya.

-Malaysia Kini

Tags: NGOruslin jusoh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Tidak Buat Kenyataan Siasat Laporan Kewangan Kuil Haram? – Firdaus Wong

Mengapa Tidak Buat Kenyataan Siasat Laporan Kewangan Kuil Haram? – Firdaus Wong

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengapa tidak buat kenyataan minta siasat kuil haram dan laporan kewangan setiap kuil haram? Demikian persoalan dibangkitkan...

Firdaus Wong Kesal Kes Babit NGO Jadi Modal Sindir Islam

Firdaus Wong Kesal Kes Babit NGO Jadi Modal Sindir Islam

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung melahirkan rasa kesal apabila kes melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd