• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pegawai Najib Minta Polis Siasat Ketua Hakim Negara

oleh Mohd Arshad
01/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bekas Pegawai Najib Minta Polis Siasat Ketua Hakim Negara
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menyiasat Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat selepas didakwa menyalahgunakan kuasa dengan melindungi Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ini susulan tular satu dokumen di media sosial didakwa laporan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Mohd. Nazlan apabila didapati melanggar Kod Etika Hakim 2009 kerana wujud elemen ‘conflict of interest’ ketika menjadi hakim kes SRC melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas pegawai khas Najib, Datuk Zamil Ibrahim mendakwa, laporan dalam portal itu jelas menunjukkan berlaku pelanggaran etika kehakiman oleh Mohd. Nazlan namun seolah-olah kes tersebut ‘didiamkan’.

Malah katanya, beliau turut menggesa satu tribunal khas atau Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat isu tersebut.

“Kalau betul dokumen itu palsu, kita minta Jabatan Kehakiman atau wakil Ketua Hakim Negara melaporkan kepada pihak polis.

“Namun jika ia benar, maka tindakan perlu diambil terhadap Mohd. Nazlan. Kita minta PDRM serta kerajaan menyiasat perkara ini,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

Terdahulu, Zamil membuat laporan polis di IPD Dang Wangi berkaitan dakwaan salah laku Ketua Hakim Negara.

Beliau hadir pada pukul 2 petang dan selesai membuat laporan kira-kira satu jam kemudian.

Beliau turut menggesa kerajaan terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan bagi memperjuangkan keadilan.

-Utusan Online

Tags: Ketua Hakim Negarapolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd