• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bas Sekolah, Pengangkutan Awam Tak Terlibat Subsidi Bersasar

oleh AK-47
31/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bas Sekolah, Pengangkutan Awam Tak Terlibat Subsidi Bersasar
Share on FacebookShare on Twitter

Subsidi bersasar bagi diesel yang akan dilaksanakan kelak tidak akan dikenakan kepada bas sekolah dan pengangkutan awam untuk mengelak berlaku kenaikan tambang, kata Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Katanya pelaksanaan subsidi bersasar bagi diesel akan bermula apabila perisian Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) siap, dijangka pada separuh kedua tahun ini.

“Kerajaan akan cuba menyelesaikan perisian untuk subsidi diesel, baru kita boleh lancarkan (subsidi bersasar diesel) tapi subsidi bersasar diesel ini tidak akan dikenakan kepada bas sekolah dan pengangkutan awam kerana kita tidak mahu ada kenaikan dari segi tambang,” katanya.

Ahmad berkata demikian kepada media selepas melancarkan e-kaunter dan Piagam Pelanggan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), di Putrajaya hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif LPPSA Mohd Farid Nawawi.

Bagi subsidi bersasar petrol, Ahmad berkata, perkara itu akan disegerakan dengan penubuhan jawatankuasa khas melibatkan beberapa jabatan untuk melihat kepada kaedah pelaksanaannya.

“Ada ahli Parlimen semalam menyebut tidak semua T20 boleh diketepikan daripada mendapat subsidi ini kerana T20 berpendapatan RM10,000 di Kuala Lumpur dengan T20 berpendapatan RM10,000 di Pontian tidak sama, tekanan kepada T20 di Kuala Lumpur tentu lebih tinggi.

“Ini antara perincian yang perlu diteliti sebelum kerajaan memutuskan untuk melaksanakan subsidi petrol RON95 secara bersasar,” katanya.

Ahmad berkata sekiranya subsidi bersasar bahan api iaitu petrol, diesel dan gas dilaksanakan bagi B40 dan M40 sahaja, kerajaan dapat menjimatkan sekitar RM16 bilion ke RM17 bilion.

Sementara itu, Ahmad berkata penggunaan sistem invois elektronik (e-invois) akan diperhebatkan bermula tahun depan kerana ia akan membantu menambah pendapatan negara memandangkan sistem tersebut dapat memastikan ketelusan maklumat perniagaan, sekali gus mengelak pelarian cukai.

“Jika kita belum lagi boleh melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) maka sistem e-invois ini perlu diperhebatkan.

“Invois elektronik ini menyebabkan segala perniagaan menjadi telus dan kurang ekonomi gelap,” katanya.

Tak jejas persiapan PRN

Ahmad berkata model sistem percukaian negara ketika ini tidak mampan kerana pendapatan negara daripada cukai hanya 11.5 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) berbanding 38 negara di bawah Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) lain yang puratanya lebih 30 peratus.

Mengenai e-kaunter LPPSA, Ahmad berkata kaunter maya itu membolehkan pelanggan berhubung secara terus dengan pegawai khidmat pelanggan menerusi panggilan video untuk urusan permohonan pembiayaan.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan e-kaunter LPPSA adalah pengiraan kelayakan, semakan tunggakan, pertanyaan status pinjaman, penghantaran dokumen sokongan seperti pemakluman persaraan dan kematian peminjam.

LPPSA kini membiayai 776,000 peminjam dengan jumlah pinjaman bernilai RM100 bilion.

Dalam pada itu, Ahmad berkata peletakan jawatan Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka pada Rabu lalu tidak menjejaskan imej UImno untuk berdepan pilihan raya negeri (PRN) kerana ia merupakan masalah kesihatan dan bukannya bersifat politik.

“Saya kira tidak jejaskan apa-apa (persiapan PRN) sebab masalah kesihatan dan ini sesuatu yang berlaku di luar jangkaan, yang perlu diambil alih,” katanya yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno.

-Malaysia Kini

Tags: bas sekolahPengangkutan AwamSubsidi Bersasar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Golongan 10% Disaran Belanja Berhemah, Kongsi Kereta, Guna Pengangkutan Awam

Golongan 10% Disaran Belanja Berhemah, Kongsi Kereta, Guna Pengangkutan Awam

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Golongan 10 peratus pengguna petrol RON95 lebih 200 liter sebulan diseru melihat penyelarasan kuota BUDI95 sebagai satu...

Syor Subsidi Bersasar Beras Untuk B40

Syor Subsidi Bersasar Beras Untuk B40

07/05/2024
0

PASIR PUTEH : Harga beras sedia ada adalah yang distruktur pada 2008, masih kekal pada kadar RM2.60 sekilogram (kg). IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd