• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Hancur Empat Jari Akibat Mercun Bola

oleh Mohd Arshad
30/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lelaki Hancur Empat Jari Akibat Mercun Bola
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR : Hasrat seorang lelaki menghalau anjing liar yang mengganggu ternakan kambingnya, bertukar malang apabila empat jari tangan kirinya hancur akibat letupan mercun bola yang digunakan dalam kejadian itu malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian jam 10 malam tadi, mangsa berusia 34 tahun itu dikatakan membakar mercun bola itu bagi menghalau anjing liar yang mengganggu kambing peliharaannya berhampiran rumah di Kampung Paya Besar dekat Pokok Sena.

Mangsa berkata, sejurus membakar sumbu, mercun itu meletup belum sempat ia dilempar.

“Akibat letupan mercun itu, saya tengok tangan saya dah nampak tulang putih, manakala empat jari hancur selain cedera di perut.

“Di kawasan rumah, memang banyak anjing liar dan sebelum ini pernah makan kambing saya antara tujuh hingga lapan ekor, disebabkan saya baling mercun bola untuk halau anjing liar di situ.

“Tapi tak sangka ini yang terjadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mangsa berkata, dia kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Katanya, susulan kejadian itu, dua jarinya terpaksa dipotong, manakala dua lagi kudung akibat kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir mengesahkan kejadian itu berlaku semalam namun tiada laporan polis dibuat setakat ini.

-Berita Harian

Tags: Mercun Bola
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mercun Bola, Bilah Pisau Antara Alat Buat Bom Bunuh Tukang Masak

Mercun Bola, Bilah Pisau Antara Alat Buat Bom Bunuh Tukang Masak

07/01/2023
0

Ampang Jaya : Polis sudah mengambil keterangan 36 saksi berkaitan kes letupan yang mengorbankan seorang lelaki di sebuah restoran di...

Kereta Meletup Bukan Sebab Puntung Rokok, Petir Atau Dron

25/05/2021
0

KOTA BHARU - Insiden kereta meletup di Kampung Soreh, Jumaat lalu yang menyebabkan seorang lelaki maut bukan berpunca daripada puntung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd