• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Meletup Bukan Sebab Puntung Rokok, Petir Atau Dron

oleh
25/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Insiden kereta meletup di Kampung Soreh, Jumaat lalu yang menyebabkan seorang lelaki maut bukan berpunca daripada puntung rokok, panahan petir atau dron.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, sehingga kini pihaknya masih menunggu laporan lengkap daripada dua agensi iaitu forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bagi mendapatkan kesahihan punca kejadian.

Katanya, proses siasatan berkenaan mengambil sedikit masa susulan terdapat bahan bukti dalam jumlah yang banyak dan perlu dianalisa sebaik mungkin.

“Jika ia benar akibat mercun yang dibawa mangsa, kita perlu tahu bagaimana letupan boleh berlaku. Ini adalah kes pertama berlaku di negeri ini, jadi pasukan yang terbabit untuk menyiasat memerlukan ruang bagi mencari jawapan terbaik.

“Setakat ini, hasil siasatan mendapati bukan sahaja mercun bola yang ditemui di dalam kenderaan mangsa, tetapi terdapat beberapa mercun lagi yang agak berbahaya.

“Kesemua mercun terbabit dipercayai diletakkan di bahagian bonet kereta susulan pengakuan saksi yang memberitahu melihat api bermula di bahagian itu,” katanya ketika ditemui dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 5.38 petang di Jalan Pintu Geng, Kampung Sireh di sini, Jumaat lalu, mangsa, Wan Hassan Wan Ali, 49, maut di tempat kejadian, manakala lima kenderaan lain turut terbakar.

Letupan itu menyebabkan empat kenderaan rosak dan empat mangsa lain cedera termasuk seorang cedera parah selain kereta Proton Iswara dipandu mangsa rentung dan terputus dua.

Dalam perkembangan lain, Shafien berkata, kawalan sempadan terus diperketatkan bagi memastikan kes penyeludupan mercun tidak lagi terlepas pandang.

“Bagaimana pun, sebelum ini agensi keselamatan lain seperti Pasukan Gerakan Am (PGA), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah memberi kawalan yang baik untuk menjaga sempadan negara daripada dibolosi.

“Buktinya, PGA sendiri baru sahaja merampas pelbagai jenis mercun dalam jumlah yang banyak sepanjang Ramadan lalu, namun kawalan akan terus diperketatkan supaya sempadan tidak lagi dibolosi.

“Saya percaya tiada sebarang kompromi diberikan untuk kes seperti ini agar jenayah rentas sempadan dapat terus dikekang sepenuhnya,” katanya. – myMetro Online

Tags: kereta meletupMercun Bola
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Hancur Empat Jari Akibat Mercun Bola

Lelaki Hancur Empat Jari Akibat Mercun Bola

30/03/2023
0

ALOR SETAR : Hasrat seorang lelaki menghalau anjing liar yang mengganggu ternakan kambingnya, bertukar malang apabila empat jari tangan kirinya...

Mercun Bola, Bilah Pisau Antara Alat Buat Bom Bunuh Tukang Masak

Mercun Bola, Bilah Pisau Antara Alat Buat Bom Bunuh Tukang Masak

07/01/2023
0

Ampang Jaya : Polis sudah mengambil keterangan 36 saksi berkaitan kes letupan yang mengorbankan seorang lelaki di sebuah restoran di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd