• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Maut Makan Ikan Buntal, Suami Masuk ICU

oleh Mohd Arshad
28/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Warga Emas Maut Makan Ikan Buntal, Suami Masuk ICU
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Seorang wanita warga emas maut, manakala suaminya masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK), Kluang akibat keracunan makanan selepas memakan ikan buntal.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, mangsa, Lin Xiu Wan, 83, dan suaminya, Huang Chuan Xin, 84, membeli ikan itu menerusi platform media sosial dan menerimanya pada 25 Mac lalu.

“Mereka membersihkan dan memasak ikan buntal itu untuk makan tengah hari kira-kira pukul 3 petang, namun mangsa wanita mula mengalami kesukaran bernafas dan menggigil. Kira-kira sejam kemudian, suaminya mula menunjukkan simptom yang sama.

“Anak lelaki mereka yang tinggal di rumah berbeza membawa mereka ke Unit Kecemasan Hospital Enche’ Hajjah Kalsom untuk rawatan. Wanita itu kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 7 malam, manakala suaminya masih menerima rawatan di ICU,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tian Soon memaklumkan kejadian itu merupakan pertama kali pasangan berkenaan memakan ikan buntal.

“Siasatan mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. Penjual itu kemudian menjual ikan tersebut secara dalam talian dengan 15 kilogram ikan buntal dijual kepada empat pelanggan di Chamek, empat di Paloh dan seorang di Yong Peng pada hari sama.

“Selain pasangan itu, pelanggan lain masih belum memakan ikan tersebut tetapi Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah mendapatkan sampel ikan daripada penjual untuk analisis,” katanya.

Beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan apa yang mereka makan, terutamanya apabila berkaitan dengan makanan yang diketahui mempunyai risiko kesihatan.

-Utusan Online

Tags: ikan buntalwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd