• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Bapa Lemas Selepas Selamatkan Anak Ditemui

oleh Mohd Arshad
27/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mayat Bapa Lemas Selepas Selamatkan Anak Ditemui
Share on FacebookShare on Twitter

PUTATAN : Mayat lelaki yang dilaporkan hanyut ketika menyelamatkan anak lelakinya yang terjatuh bersama kereta miliknya di Sungai Kampung Imbahan, di sini, ditemui selepas hampir 16 jam hilang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mayat Lasibi Lawahidu, 40, ditemui jam 9.15 pagi oleh pasukan penyelamat dengan menggunakan dron dari Unit Dron Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sabah kira-kira 300 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata operasi pencarian hari kedua hari ini bermula jam 6 pagi selepas ditangguh jam 12.30 tengah malam tadi.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan hampir 70 pegawai dan anggota daripada agensi keselamatan.

“Operasi disertai PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM); Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah; PGU, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan penduduk kampung.

“Alhamdulillah, pada jam 9.15 pagi tadi, pasukan penyelamat SAR berjaya menemukan mangsa dalam keadaan terapung dengan jarak 300 meter dari lokasi di mana mangsa dilihat tenggelam ketika menyelamatkan anaknya, semalam.

“Mangsa telah kita keluarkan dari sungai dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut.

Terdahulu, dalam kejadian jam 5.30 petang semalam, mangsa dikatakan terjun ke dalam sungai berkenaan selepas kereta jenis Perodua Myvi yang ketika itu dinaiki anaknya Mushab Umair Lasibi, 5, secara tiba-tiba bergerak dan terjunam ke dalam sungai.

Mangsa yang berada di tebing dan sedang memancing bertindak terjun untuk menyelamatkan anaknya. Mangsa berjaya mengeluarkan anaknya daripada kereta sebelum dibantu oleh orang awam yang berada di kawasan berkenaan.

Mangsa bagaimanapun tiba-tiba hilang, dipercayai tenggelam.

Sementara itu, Mohd Haris mengingatkan orang awam yang tinggal di sekitar Putatan, supaya tidak melakukan aktiviti di sungai berkenaan.

“Dua tahun lalu, kejadian masa turut berlaku membabitkan kanak-kanak lemas di kawasan yang sama. Jadi, kita khuatir mungkin akan berlaku lagi kejadian sama di masa hadapan.

“Oleh itu, polis menasihati penduduk di sekitar Putatan, untuk tidak melakukan aktiviti riadah seperti memancing di kawasan berkenaan bagi mengelak kejadian serupa berulang,” katanya.

-Berita Harian

Tags: lemasMayat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

12/01/2026
0

Tragedi Di Sungai Kedondong Jadi Amaran Keras Kepada Orang Awam IPOH – Seorang lelaki berbangsa India berusia lingkungan 20-an disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd