• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunuh Kucing: Polis Tahan Penyewa Kondominium

oleh Mohd Arshad
26/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bunuh Kucing: Polis Tahan Penyewa Kondominium
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan polis berhubung penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing dipercayai dibunuh dalam sebuah unit kediaman sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, baru-baru ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin ketika dihubungi berkata, lelaki berusia 31 tahun yang juga penyewa kondominium terbabit, ditahan di sebuah lokasi di Cheras, semalam.

“Suspek ditahan di Cheras, semalam dan dia kini direman hingga 28 Mac ini untuk membantu siasatan,” katanya.

Kelmarin, BH melaporkan perlakuan tidak berperikemanusiaan itu didedahkan oleh Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) menerusi satu kenyataan di Facebook persatuan itu.

Katanya, perbuatan lelaki berusia 31 tahun dipercayai penyewa rumah itu terbongkar selepas pemiliknya membuat pemeriksaan dan menemui puluhan rangka, organ serta daging kisar haiwan disyaki kucing dalam rumah terbabit.

Difahamkan, pemilik rumah terpanggil untuk membuat pemeriksaan di rumah berkenaan selepas menerima aduan daripada jiran yang tidak tahan dengan bau busuk dipercayai datang dari unit kediaman itu.

MAA berkata, pemilik rumah kemudian membuat laporan polis berhubung penemuan itu pada 13 Mac lalu.

Bagaimanapun, menurut MAA laporan dibuat tidak dilayan dengan alasan polis tiada kuasa membuat siasatan dan penguatkuasaan, walaupun terdapat Seksyen 428 Kanun Keseksaan di bawah bidang kuasa polis.

Aduan akhirnya sampai kepada MAA sebelum dipanjangkan kepada Ketua Seksyen Lembaga Kebajikan Haiwan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Putrajaya supaya satu siasatan dijalankan secara komprehensif, segera dan menyeluruh.

Bagaimanapun, semalam Zam Halim berkata polis sudah membuka kertas siasatan berhubung kes itu mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan (melakukan khianat dan membunuh haiwan) susulan laporan polis diterima pada 13 Mac lalu.

-Berita Harian

Tags: Kes Bunuh Kucingpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd