• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syamsul Minta Maaf Pada Ibu, Tak Boleh Ceraikan Puteri Sarah

oleh Mohd Arshad
23/03/2023
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Syamsul Minta Maaf Pada Ibu, Tak Boleh Ceraikan Puteri Sarah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : “Sekiranya agama Islam menetapkan perlu meminta kebenaran ibu adalah rukun wajib untuk berkahwin, saya akan berbuat sedemikian,” demikian tegas pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof mengulas keputusan mengahwini Ira Kazar biarpun mendapat tentangan ibunya, Datin Patimah Ismail.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, berkata dia tidak berniat membelakangi ibunya dan soal berkahwin dua adalah urusannya dengan Yang Maha Esa.

Bagaimanapun, Syamsul berkata, tetap berlapang dada dengan memohon maaf kepada ibunya selain menyifatkan masalah rumah tangga yang dihadapi bersama isteri pertama, Puteri Sarah Liyana adalah ujian bersama.

“Saya faham sebagai ibu mesti sangat sedih. Saya juga faham ibu terluka, tetapi kalau boleh jangan dikongsikan dalam media sosial.

“Ini bukan permainan hendak suruh sokong isteri kedua atau pertama, macam saya cakap ibu tak tahu cerita sebenar. Saya minta maaf ibu, masa akan menentukan segala-galanya,” katanya kepada BH Online.

Dalam masa sama, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu menjelaskan, dia masih tidak mampu memenuhi permintaan ibunya yang menuntut menceraikan Puteri Sarah.

“Saya ada menghubungi ibu, tetapi tak perlu cakap, semua orang tahu ibu marah saya. Sebagai anak memang sedih, tetapi tidak sedikit pun rasa sakit hati dengannya, dia tetap ibu saya.

“Mungkin ibu mahu saya menceraikan Puteri Sarah sekarang, tetapi saya tidak boleh buat begitu. Saya minta maaf ibu.

“Ibu cakap saya kena sihir dan macam-macam lagi, tetapi saya sudah buat solat istikharah. Orang tuduh Ira hantar sihir, tetapi bukan, keputusan ini (kahwin dua) saya yang buat,” katanya ditemui pada sidang media khas bersama Syamsul di Wangsa 118, Wangsa Maju, semalam.

Terdahulu, Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Antara alasannya adalah meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, masih menghubungi bekas kekasih, enggan mematuhi notis nusyuz dan membuat fitnah terhadap Syamsul seperti memukul serta tidak memberi nafkah.

Ia disusuli tindakan Puteri Sarah memfailkan hak penjagaan anak (hadanah) terhadap dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, semalam.

-Berita Harian

Tags: Puteri SarahSyamsul Yusof
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Fitnah Guan Eng: Kementerian Kewangan Buat Laporan Polis

Next Post

Kanak-Kanak Lelaki Maut Terjatuh Dalam Lubang Kumbahan

Related Posts

Peguam Puteri Sarah Dakwa JKP Sudah Ikut Prosedur

Peguam Puteri Sarah Dakwa JKP Sudah Ikut Prosedur

18/04/2023
0

Kuala Lumpur : Peguam Syarie yang mewakili Puteri Sarah Liyana, Datuk Akberdin Abdul Kader menjelaskan bahawa Jawatankuasa Pendamai (JKP) sudah...

Puteri Sarah – Syamsul Bercerai 18 April

Puteri Sarah – Syamsul Bercerai 18 April

10/04/2023
0

KUALA LUMPUR: Perkahwinan pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan suaminya, Syamsul Yusof akan menemui titik perakhiran pada 18 April...

Next Post
Kanak-Kanak Lelaki Maut Terjatuh Dalam Lubang Kumbahan

Kanak-Kanak Lelaki Maut Terjatuh Dalam Lubang Kumbahan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd