• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wan Saiful Mungkin Minta Representasi, Semak Tuduhan Rasuah

oleh Mohd Arshad
22/03/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Wan Saiful Mungkin Minta Representasi, Semak Tuduhan Rasuah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkemungkinan akan mengemukakan representasi untuk menyemak tuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta, membabitkan projek Jana Wibawa, yang dihadapinya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perkara itu dimaklumkan peguam bela, Datuk Rosal Azimin Ahmad ketika ditanya Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob pada sebutan kes kali pertama itu, hari ini.

Ketika ditemui di luar mahkamah selepas prosiding, Rosal Azimin berkata, pihaknya belum membuat keputusan mengenai representasi itu kerana ia hendaklah berdasarkan kepada dokumen bank berkaitan kes yang akan diberikan oleh pihak pendakwaan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Afif Ali, memberitahu mahkamah, pihaknya sudah menyerahkan sebahagian dokumen kepada pembelaan mengikut Seksyen 51A Kanun Acara Jenayah (KAJ), hari ini.

Katanya, sebahagian lagi dokumen lain seperti dokumen bank dan dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan diberikan nanti.

Dalam prosiding itu, Wan Saiful turut ditegur hakim kerana tiba lewat di mahkamah dan diberi peringatan supaya perkara itu tidak berulang.

Beliau memohon maaf dan menyatakan sudah keluar rumah pada jam 7.15 pagi serta tidak menyangka perjalanan mengambil masa selama dua jam.

Rozina kemudian mengingatkan Wan Saiful supaya kejadian sama tidak berlaku lagi.

“Saya harap ini kali pertama dan terakhir, (datang lewat ke mahkamah). Selepas ini, sila rancang perjalanan kamu,” katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan 8 Mei untuk sebutan semula kes.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang itu didakwa meminta wang daripada Lian Tan Chuan, sebagai dorongan membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur daripada Kerajaan Malaysia, secara prakelayakan bernilai RM232 juta di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana, April tahun lalu.

Dia juga juga didakwa menerima suapan RM6.9 juta menerusi akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya iaitu WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik syarikat Nepturis Sdn Bhd.

Ia sebagai upah membantu syarikat terbabit mendapatkan surat setuju terima projek sama di CIMB Bank Berhad cawangan Bukit Tunku, di sini, di antara 8 Julai hingga 30 September 2022.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694), yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan sehingga maksimum 20 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

-Berita Harian

Tags: Kes RasuahrepresentasiSemak TuduhanWan Saiful
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd