• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengeluaran KWSP Jejas Dana Pelaburan Negara – PM

oleh Mohd Arshad
19/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pengeluaran KWSP Jejas Dana Pelaburan Negara – PM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memberi kesan kepada dana pelaburan negara.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan kerajaan perlu mencari jalan lain bagi meringankan beban rakyat dalam usaha memastikan dana pelaburan negara itu tidak terjejas.

“Saya boleh popular dan membenarkan pengeluaran KWSP, tetapi adakah seorang yang bertanggungjawab boleh berbuat demikian?

“Sebab itu kita kena cari jalan lain dengan menambah bonus, elaun dan bantuan kepada pekebun serta nelayan…semua ini kita buat untuk meringankan beban rakyat,” katanya ketika sesi soal jawab terbuka bersama belia yang diadakan julang kalinya di program Youth Empowerment Fair 2023 (YEF 2023), Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Program yang dikendalikan pelakon, Amelia Henderson itu turut menampilkan kumpulan rock Bunkface yang mempersembahkan lagu rasmi Malaysia Madani.

Anwar berkata, tindakan kerajaan memberikan RM500 kepada pencarum yang mempunyai simpanan RM10,000 ke bawah adalah bagi membolehkan wang itu dilabur KWSP.

Katanya, pemberian RM500 itu akan memberi dividen dan wang tambahan kepada simpanan persaraan pencarum.

“Sebab itu saya ambil keputusan bagi RM500 kepada mereka yang mempunyai simpanan RM10,000 ke bawah… ia akan memberi maanfat, walaupun bukan hari ini, tetapi ketika bersara esok, tiga atau empat tahun.

“Tak ramai sebenarnya yang mendesak, hanya sebilangan kecil, tetapi kerana dijadikan isu politik, ia menjadi besar,” katanya.

Terdahulu, pada sesi soal jawab terbuka itu, lebih 8,000 belia diberi peluang bertanya terus kepada Anwar bagi mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan pemerkasaan belia.

Sebaik saja program itu bermula, Anwar memberi jaminan kerajaan tidak akan bertindak ke atas sesiapa pun kerana memberi pandangan.

Katanya, kerajaan akan terus melindungi hak bersuara rakyat selagi tidak menyentuh soal kaum dan agama serta memecah belahkan masyarakat.

“Untuk anak muda, kita anjurkan pemikiran terbuka dan kritis, bukan nak latih orang nak jadi pentaksub.

“Negara boleh rosak kalau kita jadi pengikut bebal yang tidak boleh berfikir, hanya tunduk kepada arahan,” katanya.

BHonline-

Tags: Anwar IbrahimDana Pelaburan NegaraKWSPPengeluaran KWSP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd