• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Payung Rahmah: Baucar Elektrik RM300 Untuk Miskin Tegar, B40 Terkesan Banjir

oleh Mohd Arshad
18/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Payung Rahmah: Baucar Elektrik RM300 Untuk Miskin Tegar, B40 Terkesan Banjir
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengagihkan baucar barangan elektrik bernilai RM300 kepada miskin tegar dan B40 yang terkesan banjir di Pahang dan Johor.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata pengagihan melalui Program Payung Rahmah itu akan dilakukan melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi membantu golongan sasar membeli peralatan baharu yang musnah.

“KPDN melalui SSM bersetuju melakukan inisiatif Payung Rahmah kepada mangsa banjir di Johor dan sebahagian di Pahang dengan memperuntukkan bajet untuk 1,000 mangsa.

“Kita akan bantu dengan baucar yang setiap satu bernilai RM300 untuk mereka membeli barang asas keperluan seperti mesin basuh atau peti sejuk ataupun peralatan elektrik yang musnah akibat banjir,” katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Bangunan Baharu SSM Melaka yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Nor Azimah Abdul Aziz di Ayer Keroh, hari ini.

Salahuddin berkata, pihaknya turut berkolaborasi dengan beberapa syarikat pengeluar elektrik bagi membantu memudahkan mangsa membuat pembelian.

“Mereka juga (syarikat pengeluar) akan mengemukakan harga tawaran yang ada diskaun yang akan kita bincangkan.

“Jadi syarikat ini mungkin menjual dengan harga diskaun dan KPDN akan tambah lagi baucar RM300 untuk mereka membeli peralatan baharu yang musnah akibat banjir.

“Ini antara inisiatif baharu Payung Rahmah untuk kita bantu mangsa banjir. Seperti di Johor kita fokuskan di kawasan terjejas teruk iaitu di Segamat dan Batu Pahat, manakala sebahagian kecil di Pahang,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, KPDN akan pastikan golongan yang benar-benar memenuhi kriteria akan menerima manfaat ini selain petugas terlibat akan mengumpul data yang tepat.

-Berita Harian

Tags: B40BanjirBaucar Elektrikmiskin tegarPayung Rahmah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd