• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azizulzulhasni Tarik Diri Piala Negara-Negara UCI

oleh Mohd Arshad
15/03/2023
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Azizulzulhasni Tarik Diri Piala Negara-Negara UCI
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Hasrat untuk melihat jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizul Hasni Awang meneruskan momentum kemenangan di Kaherah, Mesir tidak kesampaian apabila mengumumkan penarikan diri daripada Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pelumba berusia 35 tahun itu dijadualkan turun beraksi dalam acara keirin esok, diikuti pecut pada Jumaat.

Azizulhasni bagaimanapun terpaksa melupakan perlumbaan selepas mengambil kira nasihat doktor dan faktor lain yang memerlukan beliau berehat seketika.

“Demi memberi ruang untuk mendapatkan pemulihan yang optimum, tempat saya akan digantikan oleh Fadhil Zonis,”

“Saya memohon supaya anda semua terus memberikan sokongan kepada atlet lumba basikal yang akan bertanding di sini,” katanya dalam Instagram hari ini.

Azizulhasni dijangka menjadi sebahagian daripada program baharu ‘Road To Gold’ yang menyasarkan atlet berpotensi untuk meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik di Paris tahun depan.

Bulan lalu, juara dunia 2017 itu memenangi pi­ngat perak acara keirin pada Piala Negara-Negara (dulu dikenali Piala Dunia) di Jakarta dengan catatan masa 10.263 saat (s), tewas tipis 0.024s di belakang juara, Harrie Lavreysen dari Belanda.

Kemenangan itu diraih kurang 12 bulan selepas dia menjalani pembedahan jantung terbuka di Hospital Epworth Richmond, Melbourne.

-Utusan Online

Tags: Azizul Hasni AwangPiala Negara-Negara UCItarik diri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azizulhasni Jadi Kebanggaan Rakyat Terengganu – MB

Azizulhasni Jadi Kebanggaan Rakyat Terengganu – MB

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Kejayaan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang di Perth, Australia semalam menjadi kebanggaan rakyat...

Sultan Sharafuddin Sokong Selangor FC Tarik Diri Dari Piala Sumbangsih

Sultan Sharafuddin Sokong Selangor FC Tarik Diri Dari Piala Sumbangsih

09/05/2024
0

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan Piala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd