• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bah Johor: Jumlah Mangsa Terus Berkurangan

oleh Mohd Arshad
14/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bah Johor: Jumlah Mangsa Terus Berkurangan
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Situasi banjir di negeri ini menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara terus berkurangan menjadi 38,456 orang daripada 10,711 keluarga setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, jumlah itu berkurangan berbanding 38,587 orang daripada 10,747 keluarga di 123 PPS di empat daerah yang masih terjejas, iaitu Segamat, Batu Pahat, Muar dan Tangkak.

“Cuaca cerah sejak beberapa hari lalu menyebabkan jumlah mangsa banjir di Batu Pahat semakin berkurangan menjadi 37,717 berbanding 37,827 orang yang direkodkan pukul 8 pagi tadi.

“Turut mencatatkan penurunan ialah jumlah mangsa banjir di Segamat yang berkurangan daripada 193 menjadi 172 orang pada tengah hari ini,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Walau bagaimanapun, Azmi memberitahu, banjir termenung di Muar dan Tangkak menyebabkan jumlah mangsa banjir di daerah itu tidak berubah, iaitu seramai 504 orang di Muar dan 63 di Tangkak.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, tidak ada lagi sungai di negeri ini berada pada paras bahaya.

Dua laluan di Batu Pahat membabitkan Jambatan Sri Dayung dan Klinik Kesihatan Sri Medan masih ditutup untuk semua jenis kenderaan.

Turut ditutup untuk semua jenis kenderaan ialah jalan di Asrama Pekerja FTPSB Kahang Barat dan Jambatan GSA Chamek di Kluang serta Jalan Ulu Tebrau-Sungai Tiram di Kulai.

-Utusan Online

Tags: Bah JohorBanjirmangsa banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Johor Tarik Pelaburan RM700 Juta, Sasar 1,000 Peluang Pekerjaan Menjelang 2030

Johor Tarik Pelaburan RM700 Juta, Sasar 1,000 Peluang Pekerjaan Menjelang 2030

04/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelaburan strategik apabila berjaya menarik minat GSP Automotive Group Wenzhou Co....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd