• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Ditemui Rakan Selepas 3 Hari Mati

oleh Mohd Arshad
13/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mayat Ditemui Rakan Selepas 3 Hari Mati
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN : Lelaki yang ditemui mati dipercayai sejak tiga hari lalu, dalam kereta di Garden Homes, Seremban 2, di sini, hanya disedari rakannya malam tadi selepas curiga melihat kenderaan itu dalam keadaan enjin masih hidup.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, rakannya secara kebetulan ternampak kereta lelaki berusia 43 tahun itu di tempat parkir sebelum melihat ke dalam kereta jenis Proton Wira berkenaan dan mendapati mayat sudah membengkak.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, berkata pihaknya sudah mengenal pasti identiti lelaki itu dan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dikesan di lokasi kejadian.

“Polis menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan ada orang tidak sedarkan diri dalam keadaan muka bengkak dan berdarah di dalam sebuah kereta berkunci di hadapan sebuah pasar raya di Garden Homes.

“Mangsa yang mati dilihat dalam keadaan terbaring di bahagian tempat duduk pemandu dalam kereta Proton Wira dengan enjin masih hidup. Hasil semakan kereta itu adalah milik si mati,” katanya, di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak bomba cuba membuka pintu pemandu dengan mengumpilnya dan selepas berjaya dibuka, pendingin hawa tidak hidup dan kelihatan lampu amaran minyak berkelip.

“Pembantu kesihatan membuat pemeriksaan ke atas lelaki itu dan mendapati sudah meninggal dunia antara dua hingga tiga hari dengan keadaan badan mula membengkak serta terdapat cecair keluar daripada telinga, hidung dan mulut, namun tiada kecederaan di bahagian badan.

“Hasil pemeriksaan lanjut, barang peribadi si mati berada dalam laci papan pemuka, manakala telefon bimbit berada di tempat duduk penumpang hadapan, selain tiada kesan pecah pada cermin kereta,” katanya.

Mengulas lanjut, Nanda berkata, pemanggil yang juga rakan lelaki itu memaklumkan melihat kereta mangsa berada di hadapan pasar raya dalam keadaan enjin kereta masih hidup ketika mahu pergi ke sebuah kedai dobi.

“Saksi melihat dalam kereta dan dapati rakannya itu tidak sedarkan diri dalam keadaan separuh berbaring di tempat duduk pemandu dan muka sudah bengkak.

“Dia cuba membuka pintu kereta namun berkunci. Dia mengetuk cermin tingkap tetapi tidak memberi tindak balas dan kemudian terus menghubungi MERS 999 untuk meminta bantuan,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Mayat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

11/12/2025
0

Kota Damansara, 11 Disember 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan daripada pihak Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd