• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beg Berat: KPM Akan Tukar Buku Teks Kepada Digital

oleh AK-47
09/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Beg Berat: KPM Akan Tukar Buku Teks Kepada Digital
Share on FacebookShare on Twitter

Kementerian Pendidikan (KPM) masih meneruskan usaha menukarkan bahan sistem pendidikan termasuk daripada buku teks fizikal kepada digital, bagi menangani isu beg berat dalam kalangan murid.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying bagaimanapun berkata usaha itu agak terhad, dengan mengambil kira pemilikan peranti digital dalam kalangan murid dan ketersediaan capaian internet di sekolah-sekolah di seluruh negara.

“Pada masa kini KPM telah memuat naik 754 buku teks digital dalam pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa),” katanya ketika menjawab soalan Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) di Dewan Rakyat hari ini, yang mahu tahu langkah kerajaan dalam menangani isu tersebut.

Lim berkata antara inisiatif lain yang dilaksana ialah, penyediaan lokar sekolah rendah untuk semua murid Tahap 1 di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi, selain mengehadkan bilangan buku latihan hendaklah tidak melebihi dua buah buku bagi setiap mata pelajaran.

Beliau berkata insiatif lain ialah menerbitkan buku teks secara berterusan, penyusunan semula jadual waktu bagi membolehkan guru merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara optimum, dengan memperuntukkan masa bagi melaksanakan pendekatan modular dan bertema.

Lim berkata pihaknya juga bekerjasama Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) agar murid diberi kelonggaran untuk memakai uniform sekolah masing-masing, semasa sesi persekolahan Kelas Asas Fardu Ain (Kafa).

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) berhubung smart classroom, Lim berkata KPM menyasarkan untuk menyediakan 3,800 unit projektor di sekolah seluruh negara pada tahun hadapan, bagi menyediakan suasana PdP yang lebih berkesan dan efektif.

-Malaysia Kini

Tags: Buku Teks DigitalIsu Beg BeratKPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sesi Persekolahan Berjalan Seperti Biasa, Tidak Laksana PdPR – KPM

Sesi Persekolahan Berjalan Seperti Biasa, Tidak Laksana PdPR – KPM

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan menegaskan bahawa sesi persekolahan di seluruh negara ketika ini...

Tahun Satu: KPM Sedia Adakan Libat Urus Bersama Tadika, Prasekolah Swasta Tak Puas Hati

Tahun Satu: KPM Sedia Adakan Libat Urus Bersama Tadika, Prasekolah Swasta Tak Puas Hati

18/02/2026
0

GEORGETOWN: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengadakan sesi libat urus bersama pengusaha tadika dan prasekolah swasta yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd