• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelaburan RM25.5B: Amazon Percaya Urus Tadbir Politik Malaysia

oleh Mohd Arshad
07/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pelaburan RM25.5B: Amazon Percaya Urus Tadbir Politik Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Keputusan Amazon Web Service (AWS) membuat pelaburan sebanyak RM25.5 bilion di Malaysia kerana syarikat gergasi teknologi itu percaya kepada pentadbiran politik negara ini yang stabil dan dasar yang jelas oleh Kerajaan Perpaduan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaburan itu juga memberi impak tinggi kerana menambah keyakinan untuk para pelabur asing baharu dari barat dan timur datang melabur ke negara ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pelaburan infrastruktur oleh AWS dijangka mewujudkan puluhan ribu peluang pekerjaan berpengetahuan tinggi dalam negara selain membawa akses kepada infrastruktur bertaraf dunia dan program kemahiran digital yang membuka peluang kepada perniagaan tempatan untuk berinovasi.

“Kerajaan telah mengemukakan surat tawaran kepada Amazon Perkhidmatan Web (AWS Inc) pada 6 Disember 2019 bagi menarik minat AWS untuk membuat pelaburan di negara kita.

“AWS menunggu masa yang sesuai untuk memuktamadkan pelaburan mereka di Malaysia, mengambil kira saiz pasaran di negara kita yang agak kecil.

“Namun, hala tuju kerajaan dalam program dan inisiatif pendigitalan serta kestabilan kerajaan perpaduan pada hari ini merupakan antara faktor utama kepada keputusan AWS memuktamadkan pelaburan bernilai tinggi ini di negara kita, dan ini merupakan satu kejayaan buat negara kita,” katanya semasa waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) mengenai implikasi kepada ekonomi negara dengan komitmen pelaburan oleh AWS yang bernilai RM25.5 bilion menjelang tahun 2037.

Tze Tzin juga meminta penjelasan berhubung Tesla yang telah menyatakan komitmen pelaburan ke Malaysia dan perancangan selanjutnya oleh kerajaan.

Sebelum ini, Tesla dilapor akan membuka sebuah ibu pejabat di Malaysia dengan memperkenalkan Pusat Pengalaman dan Pusat Servis Tesla serta mewujudkan rangkaian pengecas Supercharger di negara ini.

Sementara AWS, pelaburannya dijangka meningkatkan daya saing Malaysia dalam industri teknologi maklumat dan komunikasi serta membantu inovasi perusahaan kecil dan sederhana, seiring dengan aspirasi digital negara.

Menjawab soalan tambahan bagaimana perbezaan pendekatan Kerajaan Perpaduan pula, Anwar berkata, pendirian kerajaan kekal untuk memastikan ketelusan dalam rundingan melibatkan syarikat tempatan yang dipilih nanti.

Katanya, kerajaan akan terus memastikan pengaliran masuk pelaburan asing berkualiti tinggi ke dalam negara dengan menambah baik dasar-dasar semasa yang mesra perniagaan serta memudah cara kemasukan serta pelaksanaan projek-projek pelaburan.

-Utusan Online

Tags: amazonAnwar IbrahimUrus Tadbir Politik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Meskipun Malaysia negara pengeluar minyak, tetapi Malaysia sebenarnya mengimport lebih banyak minyak berbanding yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd