• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Dipukul Syamsul, Punca Puteri Sarah Pernah Keluar Dari Rumah’ – Peguam

oleh Mohd Arshad
07/03/2023
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
‘Dipukul Syamsul, Punca Puteri Sarah Pernah Keluar Dari Rumah’ – Peguam
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Peguam yang mewakili Puteri Sarah, mendedahkan di Mahkamah Rendah Syariah hari ini, bahawa pelakon itu pernah dipukul suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader, berkata insiden itu menjadi punca anak guamnya keluar dari rumah didiami pasangan itu, namun kembali ke kediaman itu selepas dipujuk mentua.

“Syamsul berpoligami tanpa meminta izin (Puteri Sarah). Anak guam lama tak balik rumah kerana keadaan jadi terlampau dan luar kawalan.

“Menyentuh mengenai prospek bersama (tidak bercerai), ia sebenarnya sifar. Langkah dicadangkan defendan (Syamsul) supaya rujuk Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) adalah membuang masa.

“Permohonan cerai sudah dua bulan. Jadi saya merayu supaya mahkamah tidak membuang masa,” katanya ketika sebutan kes permohonan perceraian oleh Puteri Sarah terhadap Syamsul di hadapan Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas.

Bagaimanapun, hakim mengarahkan Syamsul atau nama penuhnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, dan Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Kamaruddin, 38, dirujuk kepada JKP atas tiada keadaan luar biasa untuk tidak berbuat demikian.

Sebutan kes seterusnya ditetapkan pada 10 April ini untuk mengetahui laporan JKP.

Sebelum ini, Puteri Sarah dilaporkan berkata, tuntutan cerai dibuat selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan perdamaian, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah kali kedua dengan Ira Kazar di Thailand.

Puteri Sarah menegaskan keputusan memfailkan perceraian adalah muktamad dan tidak akan menarik balik hasratnya walau apapun berlaku.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

-Berita Harian

Tags: Puteri SarahSyamsul Yusof
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pastikan Taikun Perniagaan Besar Tidak Terlepas Bayar Cukai – PM

Next Post

Menteri Cadang Wujudkan Pasar Raya Harga Berpatutan, Libatkan Hartawan

Related Posts

Peguam Puteri Sarah Dakwa JKP Sudah Ikut Prosedur

Peguam Puteri Sarah Dakwa JKP Sudah Ikut Prosedur

18/04/2023
0

Kuala Lumpur : Peguam Syarie yang mewakili Puteri Sarah Liyana, Datuk Akberdin Abdul Kader menjelaskan bahawa Jawatankuasa Pendamai (JKP) sudah...

Puteri Sarah – Syamsul Bercerai 18 April

Puteri Sarah – Syamsul Bercerai 18 April

10/04/2023
0

KUALA LUMPUR: Perkahwinan pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan suaminya, Syamsul Yusof akan menemui titik perakhiran pada 18 April...

Next Post
Menteri Cadang Wujudkan Pasar Raya Harga Berpatutan, Libatkan Hartawan

Menteri Cadang Wujudkan Pasar Raya Harga Berpatutan, Libatkan Hartawan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd