• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Jerantut Perlu Diperkasa, Pulih Keyakinan Rakyat – Rozilan

oleh Mohd Arshad
04/03/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
UMNO Jerantut Perlu Diperkasa, Pulih Keyakinan Rakyat – Rozilan
Share on FacebookShare on Twitter

JERANTUT : UMNO Bahagian Jerantut perlu diperkasakan dan dipulihkan imejnya yang sebenar agar parti keramat ini kembali menjadi juara di hati rakyat khususnya di daerah ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Calon Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Rozilan Salleh berkata, pengalaman berada dalam Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerantut, pelbagai liku dilalui, pengajaran dan iktibar dipelajari yang sedikit sebanyak memahami kehendak serta aspirasi, rakyat khususnya ahli parti ini.

“Saya mengerti, saya mengetahui. Untuk itu, tidaklah saya menjanjikan setinggi langit, menjanjikan bulan dan bintang ataupun intan permata.

“Tetapi insya-Allah sekiranya diberi peluang dan kepercayaan oleh perwakilan, saya berjanji akan bekerja dan berkhidmat sebaiknya dan akan memberikan hanya yang terbaik buat semua dan untuk UMNO Jerantut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rozilan yang aktif dengan Persatuan Anak Jerantut di Lembah Klang berkata, niat dan hasrat menawarkan diri bertanding sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut atas dasar kecintaan kepada parti itu serta bagi mencurah bakti menyumbang khidmat khususnya kepada Bahagian Jerantut.

“Atas dasar kecintaan ini jugalah saya terpanggil untuk meneruskan perjuangan yang tiada noktah ini, dengan pemerkasaan parti menjadi agenda utama demi survival dan kelangsungan parti keramat ini.

“Saya penuh yakin dan percaya, sekiranya diberikan ruang dan peluang, berbekalkan sedikit pengalaman pernah berkhidmat di peringkat tertinggi negara bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, disertai hubungan rapat dengan kepimpinan UMNO negeri dan nasional, insya-Allah saya yakin mampu berperanan dan menyumbang kepada kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut,” katanya.

-Utusan Online

Tags: Rozilan SallehUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd